Zarina Zainuddin Beng4ng Bekalan Air Di Rumah Kena Pot0ng, Tak Sangka Ini Puncanya

Pelakon Zarina Zainuddin hari ini meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan Pengurusan Air Selangor. Menurut hantaran terbarunya di akaun instagram rasminya @zarinazainuddin, Zarina memuatnaik sebuah foto dimana bekalan air di rumahnya dipotong.

Katanya, pihak Pengurusan AIR SELANGOR langsung tidak menghantar bil semasa dan secara tiba-tiba diptong serta merta. Ibu kepada dua anak istimewa ini merasa kesal dengan tindakan AIR SELANGOR, malah dia buntu bagaimana mahu untuk menyelesaikan hal ini.

“Bil tak sampai tiba-tiba air dah kena potong. Ada akal ke kenapa bil api boleh sampai elok, bil air tak sampai sampai tetiba air kena potong. Terima kasih banyaklah, kes macam ni saya nak rujuk kat mana ? Anak saya mana tau air takde ke api takde ke dia cukup masa kencing berak cari toilet pastu nak cuci dgn apa ke! Saya ni bujannya pandai sangat, last last nanggis jer laaa!”- tulisnya di kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)


Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa simpati dan menasihati Zarina supaya dapat menguruskan bil secara dalam talian atau menggunakan aplikasi AIR SELANGOR. Salah satu komen dari pengikutnya juga menerima nasib yang sama dan memberitahu AIR SELANGOR tidak menghantar lagi bil semasa.

Sementara itu, Zarina telah memuatnaik sebuah video terbaharu di laman Instagramnya dan memaklumkan dia sudah menyelesai bil air tersebut.

Berharap semoga dipermudahkan urusan Zarina dan keluarga. Anda semua dah semak bil air semasa anda? Anda boleh semak dengan daftar di sini.

Sumber : Murai my