[VIDEO] WANITA KONGSI KISAH BERSALIN DALAM PANTANG – JANGAN BODOHKAN DIRI DENGAN SIFAT TAAT

SETIAP wanita bergelar ibu pasti akan melalui pengalaman yang berbeza-beza ketika hendak bersalin. Mungkin ada di antara mereka dapat melaluinya dengan begitu mudah dan cepat, manakala sesetengah lagi perlu berhempas pulas bertarung demi zuriat tercinta.

Sebabkan lalui proses bersalin yang agak sukar untuk bayi keempat…share sikit cerita
Walaupun sudah 3 kali menimang cahaya mata, namun pengalaman kali keempat buat seorang wanita bernama Nur Ain sedikit berbeza. Kepayahan yang dilalui sewaktu proses bersalin membuatkannya turut berkongsi cerita di ruangan TikTok dan mendapat sambutan ramai.

Tolong bagi pada saya hadis atau firman tu…Yang mana isteri taat pada suami akan mudah bersalin
Walau bagaimanapun, ada seorang pengikut lelaki telah tinggalkan komen dengan menasihati para isteri untuk sentiasa taat kepada suami kononnya bagi memudahkan proses bersalin. Namun, Ain sama sekali tidak bersetuju selain meminta hujah tersebut disertakan dengan sumber justifikasi yang lebih sahih.

Bini yang menanggung nafkah keluarga ni…Adakah dia susah bersalin sebab derhaka pada suami?
Malah, Ain sendiri sempat bercerita kisah rakannya yang terpaksa berdepan komplikasi bersalin kerana mengandung ketika kesan caesarean anak pertama masih belum sembuh. Situasi itu berlaku gara-gara perbuatan suami yang juga seorang penagih. Kejadian berkenaan telah membuka matanya sebelum menasihatkan supaya taat kepada orang yang betul serta bertanggungjawab.

sumber : KisahDunia