[VIDEO] SUSUK TUBUH BERJUBAH PUTIH BERDIRI ATAS TEMBOK BUAT BULU TENGKUK MEREMANG

Satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki membersihkan cermin kereta di sebuah stesen minyak telah menjadi tuIar di media sosial.

Video tersebut tampak normal pada mulanya sehinggalah ulang tayang secara perlahan dimainkan semula.

Dalam video tersebut tampak seakan ada satu kelibat yang dipercayai berpakaian putih sedang berdiri pada tembok yang berdekatan dengan tiang lampu di stesen minyak itu.

Tidak dapat dipastikan berkenaan apakah kelibat atau entiti tersebut, namun sekali pandang ianya pasti dapat menimbulkan perasaan seram.

Video tersebut telah menjadi tuIar di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 224,468 ribu kali di Instagram.

sumber : siakapkeli