VIDEO : Sikap Profesional Pembaca Berita Melakukan Kesilapan Dipuji

TUGAS sebagai seorang pembaca berita bukanlah satu kerja yang mudah. Bukan saja perlu menyampaikan berita secara langsung, kesilapan yang berlaku semasa siaran langsung ini juga akan menjadi perhatian ramai.

Sama seperti yang dikongsikan ini apabila seorang pembaca berita kantoi dalam satu siaran langsung baru-baru ini. Kesilapan kecil dari pembaca berita ini turut mencuit hati penonton dengan tindakan spontannya itu.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pembaca berita itu dilihat tekun membaca di tab yang dipegangnya. Oleh kerana terlalu fokus membaca, dia akhirnya tidak sedar siaran langsung telah pun bermula.

Malah gelagatnya membaca itu berlarutan dalam masa beberapa saat sebelum akhirnya dia sedar tentang kesilapannya itu. Pembaca berita itu dikatakan sedang membuat rehearsal namun ianya berlarutan sedikit lama.

berita

Dia kemudiannya kembali menyampaikan berita seperti biasa sambil mengekalkan riak wajahnya seperti biasa. Sikap profesional yang ditunjukkan pembaca berita ini turut menerima pujian daripada netizen.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan aksi spontan yang tidak disengajakan ini. Ada juga yang berseloroh mujur saja pembaca berita itu tidak ketawa sebaik saja sedar tentang kejadian itu.

“Dia tak gelak sumpah profesional.”

tak perasan

“Macam mana dia boleh tak gelak.”

pembaca berita

“Lama tak tengok berita lepas ni nak tengok lah.”

komen

“Dapat tengok tadi. Tapi nak bagi dia confident saya pun dengan serius nya mendengar.”

tik tok

sumber : Himpunan Cerita Lawak