[VIDEO] RESPON Sl COMEL APABILA DlMARAHl lBU MENCERIAKAN HARI NETIZEN

SIAPA yang tak cair bila tengok anak sendiri menunjukkan telatah comel dan tidak dijangka

Kadangkala mereka boleh menduga kesabaran dengan membuat perangai bukan-bukan, namun itulah proses normal bagi kanak-kanak yang sedang membesar.

Sama seperti video yang pernah tuIar di TikTok apabila gelagat seorang kanak-kanak lelaki mencuri tumpuan ramai semasa dia dimarahi ibunya.

Lihat video penuh itu di bawah:

 

Kena marah sebab tumpahkan air atas katil, tapi selamba ‘buat muka’

Menerusi video berdurasi 41 saat yang dikongsi oleh Elliza Razak iaitu bekas peserta program realiti Akademi Fantasia pada satu ketika dulu, kelihatan dia sedang memarahi anaknya gara-gara si kecil itu tertumpahkan air di atas katil.

Tetapi apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila anaknya yang bernama Emmir itu spontan membuat reaksi muka menyampah dengan menaikkan kedua-dua matanya ke atas.

Gelagat si cilik itu automatik membuatkan ibunya gelak sakan dan tidak jadi nak marah kerana dia nampak sangat comel ketika sedang dibebel ibu dan ayahnya.

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

“Amboi mata tu, comelnya! Mesti ikut perangai mommy dia ni”

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 587.2K views, 48.2K likes di TikTok.

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat comel si cilik itu yang mencuit hati.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada TikTok:

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

Image from @elliza.razak (TikTok)

sumber : SaySeismik , TikTok