[VIDEO] REACTION MAK TERKEJUT DISERGAH KEK HARI JADI BIKIN HARI NETIZEN CERIA

Memang tak boleh disangkal lagi, ibu adalah insan teristimewa untuk semua orang. Bila tiba detik bermakna seperti hari jadinya, sudah tentu anak-anak akan cuba rancang sesuatu untuk buatkan mereka gembira. Sama ada secara kecil atau sederhana, yang penting adalah makna penghargaan di sebaliknya.

Buat surprise hari jadi ibu… Sudah siap sedia sebiji kek dari belakang pintu

[VIDEO] Surprise Paling Lawak, Mak Nyaris ‘Menggelupur’ Disergah Kek Hari Jadi
Menerusi perkongsian video di Tiktok, pengguna akaun @Royroy berkongsi sedikit klip rakaman sewaktu melakukan surprise hari jadi terhadap ibunya suatu masa dahulu. Waktu itu, wanita tersebut tenang masuk ke rumah tanpa mengesyaki apa-apa. Manakala seorang gadis dipercayai adik atau kakaknya sudah siap sedia menunggu dari dalam sambil memegang sebiji kek.

Terkejut disergah kek tiba-tiba mengejutkan…Terus melatah, nyaris nak menggelupur
Sejurus masuk ke rumah, gadis tersebut terus menyergah ibu mereka dengan hadiah istimewa tersebut. Perkara itu sekali gus menyebabkan wanita warga emas terbabit terkejut dan melatah sampaikan hampir nak menggelupur sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya.

Sorry makcik tengok ulang banyak kali… Semoga gembira & sihat sentiasa

Menjengah pula ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat spontan makcik tersebut. Selain itu, ramai juga yang mendoakan agar dia gembira sentiasa dan diberikan kesihatan yang baik.

[VIDEO] Surprise Paling Lawak, Mak Nyaris ‘Menggelupur’ Disergah Kek Hari Jadi[VIDEO] Surprise Paling Lawak, Mak Nyaris ‘Menggelupur’ Disergah Kek Hari Jadi[VIDEO] Surprise Paling Lawak, Mak Nyaris ‘Menggelupur’ Disergah Kek Hari Jadi[VIDEO] Surprise Paling Lawak, Mak Nyaris ‘Menggelupur’ Disergah Kek Hari Jadi

sumber : ErinSakura