[VIDEO] Penangkapan Saka Yang Menggangu Anak Cucu Tuannya Oleh Ustaz Rosdi Hasan TV

POCONG, hantu dan saka bukanlah perkara yang asing dalam masyarakat Melayu. Malah kita sering saja mendengar kisah-kisah seram dan mistik mengenai kejadian ini.

Dan kini dengan kemajuan teknologi rakaman dan perkongsian video dalam talian, kita berpeluang untuk melihat sendiri upacara atau proses menangkap makhluk ini secara jelas.

Seperti yang dikongsikan Ustaz Rosdi Hasan TV di YouTube dan Facebook baru-baru ini yang memuat naik proses beliau menangkap saka yang dikatakan mengganggu anak cucunya.

pocong1

Dalam video yang bertajuk MENANGKAP SAKA YANG MENGGANGGU ANAK CUCU TUANNYA – Ustaz Rosdi Hasan selama lebih 20 minit itu beberapa perkara telah berjaya mencuri perhatian penonton.

Antaranya beberapa perkara dan insiden pelik seperti kemunculan lembaga putih yang didakwa pocong dan lampu yang terpadam secara tiba-tiba ketika proses menangkap pocong itu berlaku.

“Lampu tiba-tiba meletup ketika memanggil Saka Pocong untuk ditangkap dan akhirnya saka itu berjaya berjaya ditangkap.

“Ketika ia dimasukkan kedalam telur dan anda boleh melihat gelas kaca itu berkecai tetapi telur tetap berdiri diatas beras seperti biasa,” kongsi Md Rosdi Hasan di akaun Facebook beliau.

pocong2

Walaupun tidak dapat dipastikan apakah atau siapakah sebenarnya yang membuat kemunculan dalam video, namun kelibat dan kesan yang dirakam pasti sedikit sebanyak memberikan rasa seram kepada sesiapa yang menontonnya.

Jika tangkap layar yang dikongsikan tidak berjaya untuk menakutkan anda, ia bagaimanapun berjaya menimbulkan rasa takut dan seram kepada para netizen yang meninggalkan komen di hantaran asal yang dibuat.

komen1

komen2

komen3

Masih belum terkejut dengan kemunculan lembaga putih dan komen-komen yang ditinggalkan netizen? Mungkin anda boleh melihat sendiri video tersebut melalui pautan video di bawah.

Nota: Minit ke 09:43 untuk kemunculan lembaga putih dan minit 14:11 untuk lampu terpadam.

sumber : vocket, Ustaz Rosdi Hasan TV