VIDEO : Member Confident Bawak Tapi Lain Yang Berlaku – Ini Semua Sebab Lelaki

BILA lepak bersama kawan-kawan, mesti ada saja benda kelakar yang berlaku kan. Sama macam yang dikongsikan gadis ini tentang gelagat kawannya yang membawa aiskrim sehingga terjatuh.

Dek kerana terlebih yakin membawa hidangan pencuci mulut itu, dia akhirnya mengundang ketawa dari kawan-kawannya gara-gara kesiIapannya itu.

original sound – 𝔗𝔒π”₯π”±π”žπ”―π”¦π”¨. – 𝔗𝔒π”₯π”±π”žπ”―π”¦π”¨.

Di dalam video yang dikongsikan ini, gadis tersebut dilihat begitu teruja menunjukkan hidangan air batu campur (ABC) yang dibawanya. Namun oleh kerana terlebih yakin dan gembira ketika membawanya, aiskrim di atas ABC itu mula tergolek jatuh ke atas dulang yang dibawa.

Kej4dian itu sekaligus membuatkan kawan-kawan yang lain turut sama berdekah dibuatnya. Apa yang lebih mencuit hati, gadis tersebut kemudian menyaIahkan lelaki pula di atas kejadian itu.

Menurutnya, lelaki yang bersaIah di dalam hal ini dan merujuk kepada pekerja lelaki yang meletakkan aiskrim tersebut di atas ABC itu. Jawapannya itu turut membuatkan netizen terhibur di mana semuanya memang salah lelaki jika sesuatu berlaku.

Ada juga yang berseloroh memang lelaki yang sepatutnya dipersalahkan di dalam hal ini. Pada akhirnya, gadis itu kembali meletakkan semula aiskrim tersebut di tempat asalnya.

β€œIce cream jatuh pun lelaki salah…”

member confident

β€œPandai salahkan lelaki eh…”

aiskrim

β€œReaksi dia bila aiskrim tu tergolek sumpah comel…”

komen

β€œYang bagusnya dia tak salahkan member dia…”

tik tok

sumber : Himpunan Kisah Lawak