Video Maria Farida Buat Netizen Tak Senang Duduk, Bentuk Bad4n Macam Remaja Umur 20

Semua wanita mengidamkan tubuh yang kekal muda walaupun usia mereka telah lanjut. Biasanya sebaik mencecah usia 50an, seorang wanita itu boleh dianggap sebagai mak cik atau nenek.

Dengan perkembangan teknologi dalam bidang sains kosmetik pada hari ini, mendapatkan penampilan yang kekal muda bukan lagi sesuatu yang mustahil dan hanya dapat dicapai oleh mereka yang berduit.

Semakin ramai wanita yang juga mempunyai cara masing-masing untuk memelihara kulit muda mereka dari tarikan graviti dengan bantuan guru-guru kecantikan di internet.

Namun pasti ramai yang kagum dan cemburu apabila melihat wanita yang telah mencecah usia 50an tetapi masih kekal berpenampilan seperti remaja.

Salah seorangnya adalah pelakon terkenal, Maria Farida yang baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila dia berkongsikan video bersama anak perempuannya di TikTok.

VIDEO :

Dalam video tersebut, pelakon berusia 51 tahun itu memberi pose mengg0da diiringi sebuah lagu klasik, apabila anak perempuannya masuk dan memarahinya kerana beraksi seperti itu.

Menggunakan audio dari video lain, anak beranak itu berlakon seolah-olah anaknya akan mengadu kepada bapanya sementara bekas model itu cuba menghalang anaknya.

Namun apa yang menarik perhatian adalah bentuk badan Maria Farida yang kekal langsing seperti remaja sehingga ramai tidak percaya bahawa dia telah mencecah usia 50an.

“Dia v4mpire ke?”

“Kulit cantik, tubuh menawan…”

“Body goals…”

Sumber : https://mediabawang.net/