BIASANYA kita lihat Youtuber atau pembuat kandungan video merakam aktiviti ‘mukbang’ dengan memakan mi, ayam goreng, nasi dan sebagainya.
Tapi Youtuber dari Indonesia ini betul-betul ada idea di luar ‘kotak’ apabila mereka tekad membuat mukbang dengan memakan daun kecubung.
Pada awalnya, ‘mukbang’ mereka adalah menggunakan mi segera sebagai sajian utama sebelum dicampurkan dengan hirisan daun kecubung.
Jelasnya, mereka sengaja mahu mencuba ‘keenakan’ daun kecubung tersebut kerana mendakwa ia mampu mengkhayalkan untuk satu tempoh tertentu.
Setelah mi siap dimasak, daun kecubung yang dihiris tadi digaulkan bersama mi tersebut. Maka mereka pun memulakan sesi ber’mukbang’ seperti kebanyakan ‘mukbang’ yang lain.
Namun ketika enak menjamah, mereka dapati daun itu berasa pahit, selain tekak, kerongkong dan beberapa bahagian tubuh badan yang lain mulai gatal.
Akhirnya setelah semangkuk mi itu dihabiskan, ‘kesan’ daun kecubung pun ‘datang’. Mereka menjadi khayaI, berhaIusinasi dan dipercayai turut mabvk.
Malah menurut apa yang diIaporkan Detik Food, kedua-dua pemuda ini seakan ‘terbang ke bulan’ sehingga tiga hari lamanya gara-gara penangan daun kecubung itu.
Difahamkan, daun kecubung merupakan sejenis tumbuhan yang selalu dijadikan herba dalam dunia perubatan tradisional dan dipercayai berasal dari China.
Pada asalnya ia digunakan untuk rawatan luar sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Namun kecubung juga boleh menjadi racvn berb4haya sekiranya diambil secara berlebihan.
Antara unsur toks1k yang ada di dalamnya ialah bahan alkaIoid tropana. Kesan burvk yang dialami jika terlebih makan adalah kulit menjadi kemerahan, sak1t kepala, badan kejang dan menggigil, haIusinasi hingga k0ma pada tahap serius.
Di bawah ini adalah video mukbang tersebut:-
sumber : SiakapKeli