[VIDEO] Cara Bapa Ini Pujuk Anak Menangis Jelas Menunjukkan LELAKI Sebenarnya Multifunction

KETIKA musim pandem1k ini, barisan frontliner medical adalah individu yang paling sibuk menjaga institusi kesihatan negara. Malah ramai yang perlu meng0rbankan masa bersama keluarga tersayang demi tugas dan tanggungjawab kepada rakyat Malaysia.

Mama frontliner kena pi keja jugak…Tak boleh mengeram lama-lama

Meskipun berat hati untuk tinggalkan anak yang masih lagi kecil dan perlu perhatian penuh, namun nampaknya sudah tiada pilihan lain. Itulah situas1 yang digambarkan oleh seorang petugas hadapan mesra dipanggil Kak Joy menerusi satu rakaman di TikTok.

Anak Menangis Ibu Frontliner Kena Kerja, Ayah Main Buai Atas Bahu Terus Senyap 2

Tak pernah tidur buai boboy ni sorang…Papa terer dah jaga baby

Anak lelakinya yang belum mencapai setahun kelihatan tidak henti-henti menangis kerana mahu tidur. Namun permintaan si kecil itu tidak dapat ditunaikan kerana ibunya perlu bekerja. Walau bagaimanapun, ayahnya pantas mengangkat bayi tersebut sebelum meletakkannya di dalam kain batik yang terlebih dahulu disangkut pada bahu. Siapa sangka baru dibuai beberapa kali, si kecil tersebut akhirnya dapat bertenang.

Orang lelaki ni asal boleh jer, multifunction…Tapi kain tu mungkin bau mak dia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi si ayah yang spontan itu. Dalam pada itu, ramai juga yang berseloroh kononnya kanak-kanak tersebut terus senyap kerana dapat menghidu bau ibunya sendiri pada kain batik berkenaan.

Anak Menangis Ibu Frontliner Kena Kerja, Ayah Main Buai Atas Bahu Terus Senyap 3

Anak Menangis Ibu Frontliner Kena Kerja, Ayah Main Buai Atas Bahu Terus Senyap 4

Anak Menangis Ibu Frontliner Kena Kerja, Ayah Main Buai Atas Bahu Terus Senyap 5

sumber : KisahDunia