UMNO Tarik Balik Sokongan Terhadap Kerajaan PH Berkuatkasa Serta-Merta

MESYUARAT Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara membuat keputusan untuk menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin selaku Perdana Menteri, berkuat kuasa serta-merta.

Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, ini berikutan segala garis panduan yang dikemukakan parti itu pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah gagal.

”Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada 7 kegagalan kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri diarik balik dan ditamatkan serta-merta,” katanya.

Jelas Zahid, antara kegagalan kerajaan dalam memenuhi aspirasi rakyat adalah berdasarkan beberapa perkara utama seperti gagal dalam menangani pandem1k Cov1d-19, menyaIahgunakan darvrat, mengurus bantuan kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata demikian di dalam Sidang Media Presiden Umno sebentar tadi selepas mempengerusikan Mensyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijalankan secara atas talian pada malam ini.

sumber : SiakapKeli