TEGAS Dalam Beruniform, TELITI Dalam BerApron

DI sebalik pakaian seragam warna biru dengan personaliti yang tegas, seorang anggota polis memiliki kemahiran yang tidak disangka oleh semua orang.

Menerusi video di aplikasi TikTok, seorang anggota polis kelihatan sedang tekun memb4k4r dan menghias begitu banyak kek.

Anggota polis berkenaan, Mohd Hafiz Ahmad berkata, dia mula menyertai pasukan keselamatan itu sejak 13 tahun lalu kerana minatnya dalam bidang kepolisan.

Malah, pemuda berusia 33 tahun itu memberitahu, selain dirinya, abang serta dua adiknya juga berkhidmat sebagai polis dan bapanya juga merupakan pesara dari pasukan keselamatan itu.

“Saya mula berminat untuk membuat kek kerana menyukai cream puff. Bila duduk bujang, saya ada banyak masa belajar buat cream puff hingga berlanjut kepada kek dan manisan lain.

“Mulanya kenal-kenal dengan beberapa pembuat kek dalam grup-grup di laman sosial, selepas itu saya belajar buat kek sendiri di laman YouTube,” katanya kepada media.



Hafiz berkhidmat sebagai anggota polis sejak 13 tahun lalu.

Hafiz yang berpangkat koperal berkata, minatnya dalam menghasilkan kek dan manisan itu membuatkan dia berjinak-jinak untuk berniaga makanan itu secara dalam talian.

“Saya mula jual kek secara online pada 2008. Baru tahun lepas saya mengusahakan kedai kek di Cheras dan mempunyai seorang pekerja.

“Pelbagai jenis pastri, manisan dan kek saya hasilkan. Kek signature saya yang mendapat perhatian adalah kek mangga,” ujarnya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.



Bermula dari minat, Hafiz menjadikannya pembuatan kek sebagai bisnes.

Menurut anak ketiga daripada tujuh beradik itu, dia berdepan dengan c4b4r4n dari segi masa kerana perlu membahagikan masa sebagai anggota polis dan pembuat kek.

“Bila saya tidak bertugas sebagai polis, saya akan berehat dan memberi tumpuan kepada penghasilan kek dengan bantuan seorang pekerja.

“Jadi, bila saya kembali bertugas sebagai polis, saya dah mempunyai stok kek yang konsisten untuk dijual mahupun mengikut tempahan pelanggan,” tambahnya.



Hafiz sewaktu kelas membuat kek pada 2018.

Hafiz mengakui ramai yang sukar percaya dia mempunyai minat memb4k4r kek kerana perwatakannya sebagai polis adalah berbeza.

“Sebagai polis, karakter saya lebih tegas. Tapi bila di luar, saya lebih friendly terutama semasa berurusan dengan pelanggan.

“Ramai tak percaya yang saya sebenarnya boleh buat kek. Bila tengok video saya buat kek atau saya pakai apron, barulah mereka percaya.

“Saya ikut kebolehan mak dalam bidang masakan. Mak ada buka kedai makan tapi makanan Melayu. Masakan yang saya pandai buat adalah masak lemak cili api,” katanya yang sebelum ini membuka kelas membuat kek.



Kek mangga yang dihasilkan Hafiz paling mendapat perhatian.

Dia yang masih bujang berkata, bukan bermakna seorang anggota polis yang mempunyai personaliti begitu teg4s tidak mahir melakukan sesuatu di luar bidangnya.

“Polis juga ada kebolehan dan bakat terpendam. Kadang-kadang memang penat sebab buat dua kerja pada satu masa tapi sebab minat, jadi kita happy dengan apa yang kita buat.

“Bila bertugas sebagai polis, sudah tentu saya kena bertegas dan lebih profesional. Tapi saya sebenarnya orangnya peramah dan perangai ‘giIa-giIa’,” ujarnya secara berseloroh.

sumber : mStar