Tangguh Keraian Kerana SOP, Scha Dan Awal Bersama Rakyat Malaysia

Pasangan selebriti, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari sentiasa berhati-hati dalam berkongsi kegembiraan mereka di media sosial. Apatah lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur ini membuatkan mereka bersetuju menangguhkan dahulu majlis keraian anak bongsu mereka.

“Saya dan Scha memang tak berani nak jemput sesiapa datang rumah. Malahan adik beradik yang nak datang pun, saya kata tunggu dulu.”

Menurut Awal dan Scha lagi, mereka mengimpikan untuk meraikan Aidilfitri dengan meriah pada minggu depan bersama sanak-saudara dan anggota keluarga terbaru mereka, namun ianya tidak kesampaian apabila Kuala Lumpur kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti yang dilaporkan portal Malaysia Kini.

“Ingatkan raya kali ni dapatlah berkumpul sanak dan saudara. Tapi dah PKP, nak raya apa lagi, hanya dapat beraya dalam kekecewaan sajalah.”

Pasangan tersebut baru sahaja melancarkan produk makanan dengan jenama Schambal yang menawarkan variasi sambal garing, kuih goyang, opak, kuih buah rotan dan kuih bijan.

Nampaknya, masih ada selebriti yang berfikir mengenai perasaan rakyat marhein ketika dalam pandemik sebegini. Terima kasih Awal dan Scha.

Sumber: CARI