Tandas Takda Paip, Nak Bersuci Dan Wuduk? Ini Tips Ibadah ‘Traveler’ Muslim

Islam agama yang memudahkan penganutnya, sehingga memberikan kemudahan kepada umatnya yang berada dalam kesukaran termasuklah ketika mengembara. Ini supaya pengembaraan kita menjadi lebih mudah dan selesa di samping mendapat pahala dan diberkati Allah.
1. BERSUCI
Di luar negara, tidak semua tandas menyediakan air untuk beristinjak. Yang ada hanyalah kertas tisu. Beristinjak menggunakan kertas tisu dibenarkan dengan syarat:

-kertas tisu itu mestilah kering dan kesat
-guna tidak kurang daripada 3 kali sapuan (jika lebih banyak lebih baik namun jangan berlebihan sehingga berlaku pembaziran)

2. BERWUDUK
Pengembara dibenarkan untuk bertayamum sekiranya tidak menjumpai air.

3. BERPUASA
Pengembara tidak diwajibkan berpuasa, contohnya puasa Ramadhan jika menyukarkan perjalanan. Tetapi wajib menggantikannya semula setelah kembali ke tempat tinggal.

sumber: Conde Nast Traveler

4. BERSOLAT
Pengembara dibolehkan solat jamak dan qasar dengan syarat:

-mengembara bukan tujuan yang haram
-jarak melebihi 2 marhalah
-tempoh masa tidak melebihi 3 hari mastautin (tidak termasuk hari perjalanan pergi dan balik)