Syaiful Zero Bermati-Matian Mahu Bekerja Di KFC

“Pantang mundur kecuali operasi !!”

Siapa tidak kenal dengan ‘tagline’ ini, dipopularkan oleh kumpulan lawak terkenal Zero setiap kali mereka mengakh1ri persembahan di pentas Maharaja Lawak Mega.

Berasal dari Kudat, Sabah, tiada siapa menduga kumpulan Zero kini sebaris pelawak terkenal tanah air.

Terdiri dari 3 orang adik-beradik, kumpulan Zero dianggotai oleh Mohd. Syaiful Doli Sharif (Syaiful) 33 tahun, Mohd. Sharif Kadir Doli Sharif (Sharif) 31 tahun dan Sharid Kunal Doli Sharif (Atu) 29 tahun.

Zero mula mencipta nama apabila memenangi tempat kedua program realiti Raja Lawak musim ke-6 pada tahun 2012, di mana ketika itu mereka tewas kepada kumpulan Shiro (Ajak dan Shahrol) yang menjadi Juara.

Kemudian langkah mereka semakin luas dan nama mereka tiba-tiba menjadi sebutan apabila menjuarai Maharaja Lawak Mega musim ke-4 pada tahun 2014.

Namun tiada siapa yang benar-benar tahu realiti disebalik kejayaan Zero, kisah kehidupan sebenar mereka yang sangat menyentuh perasaan.

Zero merupakan adik-beradik seibu sebapa, berasal dari kampung dan dari golongan yang boleh dikatakan agak susah. Bukan agak susah, tapi sebenarnya sangat susah.

Ayah mereka merupakan seorang yang OKU (tidak boleh bercakap) dan telahpun mninggaI dnia, manakala ibu mereka masih ada.

Kisah Hidup Disebalik Kumpulan Zero.

Sebagai abang sulung, Syaiful mempunyai 6 orang adik selain Sharif dan Atu. Mereka berketurunan Bajau Laut di mana pekerjaan utama adalah sebagai nelayan dan buruh untuk menyara keluarga.

Kalau Kau Jantan Kita Berdepan Aku Nak Jumpa Kau Sharif Zero Berang Disamakan Dengan Pendatang Asing Tanpa Izin

Dalam satu temubual Keringat Selebriti yang dihoskan oleh Adibah Noor, Sharif telah berkongsi bagaimana dia bersama Syaiful dan Atu menghabiskan masa 12 jam di laut setiap hari demi mencari rezeki.

Seandainya ribut kuat yang menghalang mereka turun ke laut, mereka akan bekerja sebagai buruh pada hari tersebut.

Sharif kemudian menceritakan saat pertama kali mereka mencuba nasib untuk bergelar pelawak dan artis.

Menurut Sharif, pada mulanya mereka langsung tidak tahu mengenai dunia seni atau apa-apa berkaitan kehidupan menjadi artis.

Semuanya bermula apabila seorang sahabat mereka di kampung memberikan cadangan kepada mereka untuk mencuba nasib menjadi pelawak.

” Seorang kawan saya bertanya kenapa kamu tidak mahu masuk program lawak jenaka. Kemudian saya tanya dia, kelakarkah kami ini?

” Kemudian dia cakap kamu boleh.. jadi saya cuba lah bersama Atu. Saya ingat lagi masa itu Syaiful tidak mahu, walaupun kami sudah ajak. Syaiful cakap kamu ini berani betul, kamu ingat kamu kelakar ke?

” Syaiful bagaimanapun tidak sampai hati, jadi dia pun rela hati ikut sekali untuk pergi uji bakat di Kota Kinabalu.

Maka bermulalah langkah pertama mereka dalam mengejar cita-cita untuk menjadi pelawak.

Namun ada cerita yang sangat menarik dikongsikan Sharif sewaktu mereka mahu keluar dari ceruk kampung mereka yang jauh di pedalaman dan menuju ke bandaraya Kota Kinabalu.

” Saya ingat lagi kami bertiga terpaksa menumpang lori sayur untuk pergi ke Kota Kinabalu untuk menyertai uji bakat program Raja Lawak.

” Waktu itu pakai smart-smart tapi duduk belakang lori sayur. Sampai saja di KK, dah macam pakai ‘bedak free’..habis habuk di muka.” kongsi Sharif sambil disusuli gelak tawa penonton.

Buat cerita pasal pnjara, rupanya kisah sebenar Atu yang pernah masuk Iokap.

Sharif turut berkongsi kisah bagaimana ketika mereka mahu memulakan persembahan, ketika itu mereka bertiga sudah berasa cuak kerana tidak membuat apa-apa persediaan.

Kemudian sewaktu mereka berbincang, Sharif mencadangkan untuk membuat topik berkaitan situasi pnjara untuk persembahan mereka.

Ketika itu juga Sharif mendedahkan kepada penonton bahawa topik itu adalah berkaitan kisah sebenar Atu yang ditahan poIis kerana mengan1aya haiwan.

” Atu pernah masuk pnjara (Iokap)… kau rasakan Atu, aku beritahu semua orang kat sini kau pernah masuk pnjara.. (ketawa).. atas ksIahan pukvl anjing orang.” kongsi Atu yang membuatkan Adibah Noor dan penonton tertawa.

Siapa sangka kisah sebenar yang dialami oleh Atu itu yang dijadikan modal untuk persembahan mereka ketika audition itu telah membuatkan mereka kini menjadi pelawak terkenal.

Dalam pada itu Sharif menambah, ketika hari uji bakat seramai 3 ribu orang hadir untuk mencuba nasib untuk menjadi pelawak.

” Format dia kalau tak kelakar dalam masa 30 saat, juri akan tekan dan terus tersingkir. Kemudian saya cakap dengan Atu, kita tiada harapan kalau macam ni.

” Tapi ketika kami naik je ke pentas, orang dah gelak. Saya tanya apa yang kitorang dah buat ni. Ya Allah rupanya penonton sudah gelakkan si Syaiful (mungkin kerana penampilan dan memek wajahnya yang kelakar).

” Nak dijadikan cerita, 30 saat masa yang diberikan untuk membuat persembahan, kami satu-satunya peserta yang bertahan sampai 7 minit setengah.

” Alhamdulillah dalam 3 ribu yang datang selection itu kami dapat.

” Dan saya masih ingat abang Sabri Yunus bangun dan dia cakap, akan lahir pelawak dari Sabah yang beri saingan kepada pelawak-pelawak Malaysia..” kongsi Sharif yang mendapat tepukan Adibah Noor dan penonton di studio.

Namun tambah Sharif, meskipun mendapat pujian melambung pelawak dan pengarah terkenal Sabri Yunus yang menjadi juri ketika itu, mereka langsung tidak ambil kisah mengenainya.

Kata Sharif, apa yang mereka fikir hanya bilakah mereka akan mendapat bayaran selepas selesai membuat persembahan uji bakat itu.

” Kami ingat melalui audition itu kami dah dapat duit, rupanya belum. Penonton waktu itu sudah tepuk tangan semua. Ketika kami turun pentas, dah rasa macam artis.” seloroh Sharif lagi.

Bermula dari itu, kumpulan Zero terbang ke Kuala Lumpur di mana itulah kali pertama mereka menaiki kapal terbang bagi menyertai pertandingan Raja Lawak.

Syaiful bermati-matian mahu bekerja di KFC

Sementara itu, Adibah Noor menyentuh kisah mengenai ayam goreng yang sukar untuk diperolehi memandangkan Sharif dan keluarga mereka yang hidup susah dan bergantung kepada hasil laut sebagi sumber makanan.

” Betul, kalau di tempat kami itu hanya boleh makan ayam kampung saja dan ia tidaklah sesedap ayam KFC.

” Jadi abang saya, Syaiful telah bermati-matian untuk mendapatkan pekerjaan di KFC. Dalam kami adik-beradik saya rasa Syaiful adalah yang paling berjaya sebab dia bekerja di KFC.

” Sebabnya di kampung kami sesiapa yang bekerja di KFC dia macam kerja pilot (juruterbang). Betul, ya lah sebab kena pakai baju uniform tu kan..

” Dan itulah kerja Syaiful. Dia bekerja di KFC Kudat, kemudian dipindahkan ke Kota Kinabalu. Sementara kami adik-beradik lain tinggal dan bekerja di kampung.” kata Sharif.

Dalam temubual sama Sharif turut mendedahkan jerit perih kehidupan mereka sebelum bergelar anak seni.

Zero Dah Pandai Berlagak, Tak Mahu Bernaung Bawah Astro? - MYNEWSHUB

Menurutnya pekerjaan mereka sebelum bergelar pelawak ialah nelayan dan buruh kasar. Hanya pekerjaan itu sahaja yang menjadi kepakaran mereka bertiga semenjak kecil.

Mereka juga akui kurang berpelajaran dan hanya pertaruhkan bakat yang sedia ada sahaja.

Disebabkan itu juga Syaiful sebagai abang sulung terpaksa berhenti belajar di tingkatan satu kerana kesempitan wang dan bekerja untuk mencari rezeki.

Pemergian ayah menjadi pembakar semangat kepada kami untuk mengubah kehidupan sedia ada. Hal ini kerana tanggungjawab untuk meneruskan kehidupan dipikul penuh oleh mereka adik-beradik setelah kehilangan ayah.

” Sudah menjadi lumrah kami sebagai suku kaum Bajau yang tinggal di pesisiran pantai dan bekerja sebagai nelayan. Kami berharap agar dapat menjadi pengusaha ikan dan mempunyai kedai sendiri di Kudat, Sabah suatu hari nanti.

” Sejak kecil sehingga dewasa, kehidupan kami hanya berkisar di kampung sahaja. Memang kami budak kampung sudah terbiasa dengan aktiviti kampung dan pelajaran bukanlah menjadi keutamaan pada ketika itu.

” Alhamdulillah, sedikit pintu rezeki dibuka bagi kami kini untuk meneruskan kehidupan dan saya berharap pentas lawak ini mampu menjadi platform kami supaya lebih berjaya dalam bidang seni.” akhiri Sharif.

sumber : thebolalive.com