Suka Panaskan Nasi, Boleh Sebabkan Keracunan – KKM

Ramai yang tidak menyangkan memanaskan lebihan nasi boleh menyebabkan keracunan makanan.

Mungkin untuk menjimatkan masa dan juga tidak mahu membazirkan nasi yang berlebih, namun sebenarnya cara ini tidak baik untuk kesihatan sebenarnya.

“Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan,” catat KKMPutrajaya di Twitter.

“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.”

Oleh demikian, cara penyimpnanan makanan haruslah diambil teliti.

Bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku, nasi itu perlu disimpan dalam keadaan tertutup dalam petis sejuk.

Hantaran KKM itu mendapat reaksi pelbagai dari kalangan warganet.

Ini termasuklah ada yang mempertikaikan kenyataan KKM itu dan meminta bukti santifik terhadap perkara itu.

Sumber: KKM via Twitter