Suasana Live Berubah – Rebah Semasa Buat Live Memasak

Memang tak disangkal lagi, media sosial memang menjadi keutamaan semua manusia masa kini dan seiring dengan perkembangan arus semasa.

Tak dinafikan juga, aplikasi yang tengah trend sekarang seperti TikTok digunakan dengan meluas tak kira dari pelbagai lapisan umur dan tujuan sekalipun.

Namun kadang-kadang itu, platform media sosial ni juga yang jadi saksi kepada sesuatu tr4gedi yang berlaku.

Siapa yang nak tengok kejadian itu, boleh tekan di sini

Rebah masa buat live

Baru-baru ini gempar apabila sebuah tr4gedi berlaku kepada wanita Thailand ini di mana dia rebah ketika sedang buat live memasak.

Wanita tersebut bernama Pimporn Chandang berusia 40-an sebenarnya sangat terkenal kerana dia sering berkongsi resepi video-video makanan yang menarik.

Walau bagaimanapun dalam satu live streaming yang dibuat, dia dilihat sedang berinteraksi dengan penontonnya. Ketika dia dilihat sedang mengacau masakannya , tiba-tiba dia dilihat seakan kaku sebentar dan kemudiannya dia jatuh tersembam pada periuk di depannya.

Dia yang tidak s3darkan diri, langsung didatangi oleh seorang ahli keluarga yang menyedari tentang perkara itu.

Sebuah video tentang k3jadian itu ada dimuat naik melalui akaun Instagram @cleopatra_x3.

Ada masalah jantung

Menurut ahli keluarga wanita tersebut, dia rupanya mempunyai masaIah pada bahagian jantungnya yang menyebabkan dia mengalami s3rangan jantung sewaktu melakukan live tersebut.

Bahayanya kalau jadi macam tu, apa-apa korang jaga diri dan jangan lupa untuk rehatkan tubuh badan juga ya.

sumber : Lobak Merah