Ramai Terkejut, Siapa Sebenarnya Suami Hannah Delisha Didedahkan Dan Dia Bukan Biasa Biasa

Pelakon cantik manis iaitu Hannah Delisha baru saja diijabkabulkan dengan Imam Shah yang merupakan seorang pelakon Singapura.

Berita gembira itu dikongsikannya menerusi laman Instagram dengan meluahkan rasa syukur selepas lima tahun perkenalan bersama suami.

Selepas lima tahun

Menerusi perkongsian ringkas melalui laman Instagram, pelakon Singapura itu meluahkan kesyukuran selepas lima tahun perkenalan bersama Imam Shah, dan akhirnya pasangan ini sah bergelar suami isteri.

Hannah kelihatan mengenakan busana pernikahan berwarna off white, tampil anggun dan manis. Namun, bagaimanapun, masih tiada perkongsian lanjut mengenai pernikahan mereka.

‘I love you’

Imam Shah turut berkongsikan posting yang sama mengenai perkahwinan mereka sebentar tadi. Difahamkan, pasangan ini bernikah di Singapura.

Bagaimanapun, rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan ini selamat menempuhi alam perkahwinan.

Siapa suami Hannah Delisha?

Imam Shah merupakan salah seorang pelakon kelahiran Singapura yang berusia 32 tahun.

Dia juga pernah membintangi beberapa buah drama TV3 dan antaranya Kau Yang Pertama dan Lafazkan Kalimah Cintamu.

Kemudian, dia kembali ke Singapura untuk membintangi siri drama mini Saga bagi musim kedua.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pelakon yang sangat komited dengan kerjayanya. Dia sebelum ini sering aktifkan diri ke pusat sukan bagi menambahkan stamina dan mendapatkan bentuk badan ideal untuk memegang watak seorang fighter.

Imam Shah juga aktif dalam sukan seni pertahanan diri MMA.

Tidak sedikit pun, jejaka sasa yang nama sebenarnya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib, 30 tahun, ingin mengecapi kepopularan yang dianggap mampu lenyap sekelip mata.

Justeru itu, tatkala mengambil keputusan ke Malaysia bagi memperkasa kerjaya seninya, beliau dapat menjangkakan jerih payah yang bakal diharungi.

Tambahan pula, ibunya merupakan pelakon veteran Mariana Yati yang sudah banyak makan garam lantas menasihatinya tentang putaran roda kehidupan si anak seni.

Baru-baru ini, Imam yang menjayakan drama TV3, Kau Yang Pertama, kembali ke Kota Singa bagi menjayakan watak utama dalam siri drama mini Saga (Musim Kedua).

Drama itu akan disiarkan setiap Rabu mulai 25 Mac tahun depan sebagai meraikan ulang tahun ke-20 Mediacorp Suria.

Ia dijayakan beberapa bakat Singapura yang sudah menempa nama di Malaysia seperti Hasnul Rahmat, Jeff Catz, Hannah Delisha dan Shah Iskandar.

Sumber: Hannah Delisha via OH BULAN