Status “HALAL” Kicap Mahsuri DiRagui, Lelaki Ini Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

TIDAK lengkap jika makan nasi lauk telur goreng tanpa kicap dan kini terdapat pelbagai jenama kicap terjual di pasaran salah satunya kicap Mahsuri.

Namun baru-baru ini, timbul satu d4kwaan daripada seorang wanita menerusi satu video di TikTok yang mendakwa kicap Mahsuri merupakan produk buatan orang bukan Muslim dan beliau juga meragui status halal kicap jenama ini halal atau haram (syubhah) untuk dimakan.

Susulan tuIarnya video tersebut, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @ubaaidahali tampil untuk memberi penjelasan dengan bukti kukuh bahawa kicap Mahsuri sebenarnya produk yang halal dimakan dan telah menerima sijil status Halal Malaysia yang disahkan oleh JAKIM di bawah syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd.

K3cewanya apabila wanita tersebut turut ‘menuding jari’ dan memf1tnah bahawa kilang pemprosesan produk syarikat Mahsuri Food Sdn. Bhd. diragu1 kesuc1annya dari segi kebersihan penghasilan produk dan urusan jual beli kerana ia kononnya merupakan perniagaan orang bukan Muslim.

“Bila kita sebut orang Cina ni faham-faham je (saja) lah thaharah (kebersihan) dan mualamatnya (urusan jual beli) macam mana,” ujar wanita tersebut.

Ini jelas telah menimbulkan f1tnah dan ‘sudah terang lagi bersuluh’ kerana pihak JAKIM sendiri yang mengiktirafkan serta menguruskan pemberian sijil halal kepada Mahsuri Food Sdn. Bhd.

Susulan itu, @ubaidahali mengemaskini untaian (thread) Twitter miliknya hari ini dengan memuat naik foto yang bertulis satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahsuri Food Sdn. Bhd. berhubung isu keragvan status halal seperti yang did4kwa oleh wanita tersebut.

Oleh itu, orang ramai terutamanya wanita tersebut dinasihatkan supaya jangan menyeba44rkan berita yang tidak sah1h lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan isu halal dan h4ram makanan kerana ia amat sens1tif bagi orang Islam.

Berharap wanita tersebut segera sedar dengan kesiIapan yang beliau lakukan dan memohon maaf secara terbuka kepada JAKIM dan Mahsuri Food Sdn. Bhd. kerana telah menimbulkan f1tnah dalam k3s ini.

sumber : Vocket