PELAKON Aeril Zafrel memberi penjelasan terhadap komen yang ditinggalkan oleh pengguna media sosial yang mempersoalkan kononnya dia memanjakan si isteri, Wawa Zainal.
Menerusi komen yang ditinggalkan menggunakan nama nurulfarhana meow, individu itu berkata: “Kalau boleh jangan ikut Aeril dan Wawa ni. Maaf. Tapi Aeril terlalu manjakan bini dia. Islam tak pernah ajar lelaki untuk manjakan wanita sampai gitu.
“Islam hanya menuruh lelaki menjadi pelindung wanita. Dahlah manja, kalau kaya nak bilang orang.
Nak bina masjid nak tunjuk-tunjuk. Itu riak namanya. Sorrylah Aeril I am not your fan,” tulisnya.
Menerusi ruangan kapsyen, Aeril mempersoalkan kembali kenyataan yang ditujukan kepadanya.
“Ada nampak orang komen mcm ni. Betul ke kita tak boleh manjakan isteri, dan hanya jadi pelindung je? Contoh buat-buat pandai,” tulis Aeril rinkas.
Komen tersebut mengundang pelbagai reaksi pengikut Aeril yang kebanyakannya tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan.
Ada juga yang mengandaikan individu tersebut cemburu dan kekurangan kasih sayang.
sumber : OiJom