SIAPA SANGKA ANAK BOLEH TERTUKAR, SUAMI GlGlH CARl BALlK TAG NAMA DALAM TONG SAMPAH

SEMALAM kisah Siti Suriani Wahiddin viraI meluahkan rasa kecewa terhadap kecuaian pihak yang menyerahkan bayinya kepada orang lain tanpa pemeriksaan teliti. Walau bagaimanapun, dia tetap bersyukur kerana anak yang tertukar itu dijaga oleh pasangan suami isteri yang baik.

Tak Sangka Jaga Anak Siti, Suami Gigih Kutip Balik Tag Nama Dalam Bakul Sampah 5

Dapat pegang kejap je, tak perasan sebab mamai masa tu…Jadi  tak ingat muka
Sementara itu, usahawan Diana Hanani Abdullah turut akui emosinya terganggu susulan insiden itu. Terdahulu wanita itu jelaskan sempat melihat anak kandungnya buat kali pertama, namun kurang ingat kerana masih dalam keadaan mamai selepas bersalin.

Tak Sangka Jaga Anak Siti, Suami Gigih Kutip Balik Tag Nama Dalam Bakul Sampah 2

Dapat call baby tertukar…suami ambil tanda nama anak yang sudah dibuang & tertera nama Siti Suriani
Sebaik menerima dimaklumkan bahawa bayi mereka tertukar, suaminya Khairul terus mengutip semula gelang tersebut di dalam tong sampah. Rupa-rupanya, nama yang tertera di situ adalah Siti Suriani. Susulan itu, mereka akui terkilan kerana sudah mengganggap si kecil tersebut seperti anak sendiri.

Tak Sangka Jaga Anak Siti, Suami Gigih Kutip Balik Tag Nama Dalam Bakul Sampah 3

Dah sayang sangat jaga 2 hari…cam muka lain, tapi fikir baby cepat berubah muka
Justeru, malam tadi pasangan ini bergegas jumpa dengan keluarga Siti Suriani untuk mengambil semula anak mereka, Aysar. Proses pertukaran itu malah berlaku dalam suasana penuh emosi berikutan masing-masing sudah jaga macam anak sendiri. Hari ini, Diana dan Siti Suriani nekad mahu ambil tindakan undang-undang atas kecuaian yang tak sepatutnya berlaku.

Tak Sangka Jaga Anak Siti, Suami Gigih Kutip Balik Tag Nama Dalam Bakul Sampah 4

sumber : KisahDunia