Selamat Tinggal Kevin Clark – Terima Kasih Untuk Tahun 2003

Masihkah anda ingat pada watak pemain dram kanak-kanak, Freddy yang popular menerusi filem School Of Rock ? Pelakon yang memegang watak tersebut, Kevin Clark telah meninggaI dvnia selepas terlibat dalam kemaIangan lapor Chicago Sun Times.

Menerusi berita yang diterbitkan, Kevin meninggaI dvnia kerana diIanggar oleh sebuah kereta sewaktu sedang menvnggang basikal di kejiranannya di Avondale, Chicago.

Jack Black menyatakan rasa sedih atas kehilangan Kevin yang disifatkan berjiwa baik

Sejurus selepas itu, pelakon utama School Of Rock, Jack Black yang membawakan watak Dewey Finn memuat naik hantaran di Instagram, yang didedikasikan untuk Kevin.

“Berita yang menyed1hkan. Kevin sudah tiada. Terlalu cepat. Orang yang baik. Terlalu banyak memori. Patah hati. Kasih sayang diutuskan untuk keluarganya dan seluruh komuniti School Of Rock.

Rakan artis, Miranda Cosgrove juga turut berdvka cita dengan berita pemergi4n Kevin.

Miranda sentiasa mengenang Kevin sebagai rakan artis yang banyak meninggalkan memori bersama.

“Terkejut dengan berita hari ini. Saya akan mengenang semangat kamu dan betapa baiknya kamu terhadap saya. Saya tidak akan pernah lupakan segala memori. Kamu akan sentiasa dirindui Kevin,” katanya.

Kevin berusia 33 tahun ketika meninggaI dvnia.

sumber : OiJom