“Screen Time” Dari Bayi Tanpa Limit, Anak Sulong Mia Ahmad AIami “Speech Delay”

PELAKON Mia Ahmad menyesaI kerana tidak menyedari masaIah lambat bercakap yang dih1dapi anak sulungnya, Sayf Issa yang kini berusia tiga tahun.

“Saya akui kesilapan. Ketika itu saya cuma fikirkan diri saya sahaja dan mula perkenalkan ‘screen time’ dengan kerap pada Issa.”

Itu luahan pelakon Mia Ahmad mengenai keadaan anak sulungnya Sayf Issa,3, yang dikesan mengaIami masalah lambat bercakap sejak setahun lalu.

Mia, 33, atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi berkata, penggunaan gajet yang kerap terhadap anaknya itu antara punca masalah dihadapi Issa.

“Kepada ibu bapa tolong kurangkan penggunaan gajet. Saya tahu ramai yang terkesan dengan pandemik ini dan mengambil jalan singkat untuk bagi anak-anak menggunakan gajet. Tolong pantau apa yang anak tengok dan berapa jam mereka menghadap skrin. Apabila berikan mereka masa dengan gajet pastikan anda ada dan menonton bersama.

“Saya bercakap melalui pengalaman yang mungkin ramai tak tahu. Kesan daripada saya dedahkan Issa ‘screen time’ seawal bayi menyebabkan dia mengalami masalah lambat bercakap, fokus mudah teralih dan mempunyai masalah kemahiran sosial,” katanya.

Bagaimanapun,, Mia bersyukur apabila keadaan anaknya menunjukkan peningkatan yang baik.

“Itu dahulu iaitu setahun yang lalu. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Issa menunjukkn progres yang sangat baik. Dia mula bercakap, berinteraksi dan mengatasi hampir semua masalah yang ada sebelum ini. Minta doakan kesembuhan sepenuhnya buat Issa ya,” katanya.

Terdahulu Mia berkongsi video Issa yang dirakam sebelum pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menerusi video itu, anaknya Issa menyebut dan mengenal pasti satu persatu gambar yang ditunjukkan.

“Bangga dengan dia, tidak ada apa yang mustahil. Jangan putus doa dan sangka baik selalu dengan Allah,” katanya.

sumber : HarianMetro