Saya Jarang Nak Bergadvh Tapi Hal Ini Dah MeIampau, Nanti Timbul SaIah Faham – Uqasha Senrose

PELAKON Uqasha Senrose bengang apabila tindakannya mengakui tidak memakai gincu keluaran penaja drama Perempuan Tanpa Dosa mencetuskan ‘per4ng mulut’ di laman sosial.

Uqasha berkata, dia memberitahu perkara sebenar berikutan tidak mahu penaja menggunakan namanya untuk tujuan pemasaran tanpa sebarang perjanjian.

Tambahnya, pihak penaja tersebut sudah mendapat promosi yang sepatutnya menerusi drama berkenaan sepanjang ia bersiaran.

“Saya hanya balas satu status di Twitter, beritahu saya pakai koleksi gincu sendiri dalam drama itu. Tapi selepas itu kenapa ejen-ejen anda semua perlu bercakap kasar dengan tulisan sangat b1adab ?

“Ada cakap saya berlagak sebab pengasas dah taja drama ini. Dia bayar stesen televisyen, kami yang bekerja ni tak ada kena-mengena dengan duit cik ya.

Salah faham bermula apabila Uqasha jawab status yang ditulis seorang ejen produk di laman Twitter.

“Kita punya kesabaran ada had, kenapa kena jawab macam tu? Cara mereka sangat biadab. Malah pengasas pun sampai nak perli-perli cakap ini drama perempuan penuh dosa,” ujarnya.

Uqasha tampil menjelaskan mengenai perang mulut membabitkan dia dengan pihak sebuah produk kosmetik menerusi Instagram.

Uqasha berkata, dia membuat teguran di laman sosial miliknya selepas perkara itu menjadi keterlaluan sehingga ada segelintir pihak membuat tudVhan yang dianggap b1adab.

“Saya jarang nak berg4duh tapi hal ni dah melampau… saya perlu jelaskan supaya orang tak salah faham. Lagi lama saya diam lebih banyak awak perli dan cakap belakang.

Uqasha berkongsi luahan rasa kurang senang di laman Instagram.

“Tak kisahlah apa korang nak cakap tentang saya tapi saya perlu beritahu hal sebenar. Saya ada semua bukti… mana intelektual pengasas, korang too much!” katanya.

Sebelum ini menerusi Twitter, seorang individu dipercayai ejen sebuah produk mend4kwa Uqasha menggunakan koleksi gincu jenama produk mereka dalam drama Perempuan Tanpa Dosa.

Bagaimanapun, Uqasha menafikan dan memberitahu dia menggunakan koleksi peribadinya sendiri.

Uqasha tunjuk bukti ejen guna namanya tanpa kebenaran dan mendakwa dia menggunakan produk berkenaan.

Gara-gara pengakuan jujurnya itu, kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini ditvduh berlagak dan tidak tahu menghormati pengasas produk yang menaja drama tersebut.

Kata Uqasha, dia terkejut apabila menerima mesej sedemikian daripada ejen produk dan menafikan dia bersikap bi4dab.

Dia turut menyertakan bukti-bukti perbualan dan status yang ditulis oleh pihak berkenaan, malah namanya juga turut digunakan tanpa kebenaran dalam iklan promosi produk di media sosial.

Drama yang diadaptasi daripada novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad ini mula bersiaran pada 6 Oktober lalu, setiap Isnin hingga Jumaat.

Selain Uqasha, barisan pelakon lain terdiri daripada Kamal Adli, Uyaina Arshad, Yusuf Bahrin, Zac Zaky, Shaza Bae, Susan Menan, Datin Fadhillah Mansor, Azza Elite dan Mak Wan Latah.

sumber : mStar