Remaja berterus terang malu keluar dengan anak nelayan, minta putus hubungan

SELAIN ahli keluarga, kehadiran rakan turut menjadi satu perkara penting dalam kehidupan kita.

Malah, mustahil sekiranya anda tidak mempunyai seorang pun kawan dalam dunia ini.

Terbaharu, perkongsian seorang individu dikenali sebagai Aqem mengenai hal itu menjadi tular di laman Twitter.

Menurut lelaki itu, dia disisihkan kawannya sendiri hanya kerana bapanya bekerja sebagai nelayan.

Down grade ke kawan dengan anak nelayan? I’m asking,” tulisnya di Twitter.

Menerusi paparan skrin mesej yang dikongsi, Aqem memulakan bicara dengan bertanya khabar sebelum mempelawa rakannya keluar sempena cuti merdeka tidak lama lagi.

Namun, pelawaan itu disambut sepi, malah turut diakhiri dengan permintaan agar dia tidak menghubungi rakannya itu lagi.

Menurut pemuda itu, rakannya malu kerana dia merupakan anak nelayan. (Gambar Hiasan)

“Aku rasa aku tak lepak dah dengan kau. Jujur aku cakap, kau jangan terasa. Sebab ni apa yang aku rasa.

“OK macam ni, aku malu nak lepak dengan kau dah sebab kau anak nelayan. Maaf aku cakap tapi aku memang tak boleh go sebab aku malu.

“Aku dah lama nak cakap tapi aku tak tahu nak mula dari mana. So lagi sekali aku minta maaf, aku hargai kau selalu ada untuk aku jika aku dalam masalah.

“Aku dah tak perlukan kau. Aku nak kecilkan skop kawan aku. Minta halal semua. Maafkan aku, jangan cari aku dah. Kau boleh delete nombor aku, terima kasih,” tulis rakannya itu.

Dikongsi di Twitter pada Isnin, posting itu sehingga kini menerima lebih 1,400 ulang kicau (Retweet).

Rata-rata netizen turut memberikan sokongan moral dan menyifatkan ia bukanlah satu kerugian apabila kehilangan kawan yang bersikap sebegitu.

Anak nelayan itu berkongsi paparan skrin perbualan dengan rakannya menerusi Twitter pada Isnin. (Gambar Hiasan)

Malah, ramai yang memberi nasihat kepada pemuda itu agar melupakan kawannya dan meneruskan kehidupan seperti biasa sahaja.

“Biarkan dia. Abaikan dia terus. Dia mungkin lupa sejarah, moyang-moyang dia dulu pun ada yang nelayan, ada yang petani.

Mesej yang tular di Twitter.

“Hormati keputusan dia walaupun hati kita memang terasa bila diperlakukan sedemikian. Anggap sahaja dalam hidup ini kita tak mampu nak puaskan hati setiap orang.

“Bapa dia kerja apa? Menteri ke? Haha. Dia kerja apa? Besar ke jawatan dia?

“Actually bukan dia yang tak perlukan kau as kawan but kau yang tak perlukan kawan macam ni hah!” tulis beberapa netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!


Sumber : mStar