PU Riz Jawab Pertanyaan Peminat Di Instagram

BARU-BARU ini usahawan popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz mengadakan sesi live khas bersama peminat. Menerusi sesi berkenaan, peminat bertanyakan kepada PU Riz sama ada sukar atau tidak untuk menjaga Neelofa.

PU Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, berkata, adatlah dalam perkahwinan ada waktu susah dan senang dalam menjaga isterinya.

“Ada susah, ada senang. Tetapi pengalaman yang adventurous (mencabar). Maklumlah, dia merupakan seorang wanita yang sudah lama bergelar bos. Jadi, apabila sudah bersuami, jihat untuk dia taat kepada suami,” jawab PU Riz.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, bukan mudah untuk menyesuaikan hidup daripada zaman bujang ke alam perkahwinan.

“Memang tidak mudah, tetapi saya cuba sebaik mungkin untuk taat kepada suami,” katanya.

Melanjutkan bicara mengenai ‘kesusahan’ menjaga isteri, PU Riz berkata, mungkin disebabkan Neelofa yang sudah lama berada di posisi ketua dalam menguruskan kerjayanya.

Sungguhpun begitu, baik Neelofa mahupun PU Riz, masing-masing cuba menyesuaikan diri hidup secara rukun sebagai pasangan suami isteri.

sumber : OiJom