Perkongsian TikTok – Cincin Emas Bukti DiLamar

PERKONGSIAN video pelakon Luna Maya menari di laman TikTok menarik perhatian netizen di media sosial.

Bukan kerana aksi tariannya, sebaliknya pengikut tertarik melihat cincin emas yang dipakai dalam video tersebut.

Menurut laporan HotDetik, Luna bersama empat sahabatnya dilihat menari di sebuah pantai yang tidak diketahui lokasinya.

“Yeah #foryourpage #fyp #lunamaya Rude Remix – DRXML, ” tulis Luna pada ruangan kapsyen.
Pada akhir tarian, Luna mendekati kamera dan menunjukkan jari manisnya yang memakai cincin emas.

Tindakan Luna itu mengundang banyak pertanyaan daripada peminat yang turut membuat spekulasi aktres itu kini sudah berpunya.

“Wow! Kakak dah nak bernikah ke? Tak pernah nampak cincin tu.

“Wah seronoknya, berbeza betul dengan sebelum ini. Mungkin Luna baru sahaja dilamar,” antara komen pengikut di TikTok.

Luna sehingga kini masih berdiam diri dan membiarkan netizen terus berteka-teki mengenai status dirinya.

sumber : mStar