Pelajar Ini Dedah Kenapa Tak Buka Mic Masa Kelas Online Bikin Warganet Terhibur

SEPERTI mana yang kita tahu, semua konsep pembelajaran dijalankan secara online daripada rumah kerana pandem1k yang masih belum berakhir

Sudah pastinya pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pelajar terutamanya bagi mereka yang duduk di kawasan kampung yang banyak haiwan peliharaan.

Sama juga seperti apa yang dihadapi oleh seorang remaja lelaki ini apabila videonya viraI di TikTok gara-gara dia mendedahkan sebab kenapa dia tidak membuka mikrofon semasa kelas online.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Angsa memekak di luar rumah, sebab tu tak boleh buka mic masa dalam kelas

Menerusi video yang dimuat naik oleh Safiy Najwan, dia menerangkan sebab mengapa tidak boleh buka mikrofon semasa menghadiri kelas online di rumahnya.

Rupa-rupanya, ibunya memelihara angsa dan haiwan ternakan itu dilihat berlegar-legar di kawasan rumahnya sambil membuat bising.

Apa yang lebih menghiburkan lagi adalah apabila salah seekor angsa itu dilihat siap mengheret plastik sampah hitam dan situasi mereka itu dikatakan seperti sedang ‘membawang’.

“Classmate sayang yang tengok ni harap faham la ye,” katanya.

Image from @sfynjwn (TikTok)

“Ahh same situation tapi aku ayam, apalah yang diaorang sembang agaknya” – Netizen

Ikutan tuIarnya video itu yang kini telah meraih 426.5K tontonan, 70.8K tanda suka dan 1.5K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat angsa di rumahnya yang sangat bising macam mak cik bawang.

Malah, ada juga yang berkongsi situasi sama seperti remaja lelaki itu dan tidak tahan dengan bunyi haiwan di rumah mereka yang mengganggu pada waktu siang.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Image from @sfynjwn (TikTok)

Terima Kasih

sumber : Says.com