Patutlah Lelaki Muda Memilih Wanita Berusia, Wajib Baca 5 Sebab Di Bawah

Dahulu, nahaslah kalau pilih perempuan lebih tua sebagai isteri. Boleh kecoh satu kampung. Tambah kalau perbezaan umur antara pasangan terlalu jauh. Boleh meroyan mak mertua yang dapat menantu begini. Belum lagi ipar duai yang jenis batu api.

Stigma masyarakat beranggapan wanita berusia tidak mampu memberi zuriat yang sempurna. Wanita juga dianggap lebih cepat kelihatan tua berbanding lelaki setelah bersalin. Malah merugikan andai wanita putus haid sedang suami masih muda. Tak kurang yang beranggapan wanita berusia adalah queen control .

Seiring peredaran zaman, ikatan antara lelaki muda dengan wanita berusia telah diterima masyarakat. Malah ada yang sanggup meninggalkan isteri hanya kerana wanita yang lebih berusia.

Lalu, apa yang menyebabkan lelaki memilih menjalin hubungan dengan wanita berusia? Semak hal di bawah. Jom!

1. Wanita Berusia Lebih Matang


Foto: Pixels

Masalah pasti wujud dalam ikatan, tak kiralah dengan wanita lebih muda atau tua. Tetapi bagaimana reaksi pasangan dalam menghadapi masalah akan menentukan tahap keruh dan jernihnya perhubungan.

Kalau pasangan sama usia atau lebih muda, boleh jadi tiga hari tiga malam baru habis membebel andai pasangan melakukan kesalahan kecil, berbanding wanita berusia yang lebih mengerti kerana sudah melalui fasa keanak-anakkan. Kecualilah wanita berusia itu tidak bersikap sesuai dengan usianya.

2. Mempunyai Pengalaman Dalam Menjaga Hubungan Dengan Pasangan


Foto: Pixels

I lap you, you lap me. Ayat ‘cintan’ maut masa baru berkenalan dan berkahwin. Realiti kehidupan tak selancar yang difikir. Hubungan cinta akan menempuh saat genting. Kesibukan tugas, mengurus anak-anak, ekonomi dan lain-lain akan menyumbang konflik. Masa inilah segala perangai yang cuba ditutup terhambur keluar. Mulalah rasa bosan terhadap pasangan timbul. Salah percaturan boleh tergadai kebahagiaan.

Dilihat, wanita lebih berusia pandai mengurus masalah ini. Pengalaman menghadapi banyak orang membantu mereka supaya lebih kreatif dan berani dalam mewarnai hubungan bersama pasangan. Kejutan, aktiviti bersama, puji-pujian dan berdiam diri apabila suami marah antara yang dilakukan.

3. Serius Dan Menyokong Perhubungan


Foto: Pixels

Kalau sekadar nak main-main jangan mendekati wanita berusia kerana mereka serius dengan perhubungan. Sekali kamu serius, mereka berganda serius. Mereka akan mencurah usaha agar perhubungan berlanjutan dan mencapai apa yang kamu berdua rencanakan iaitu perkahwinan.

4. Membantu Mengurus Kewangan


Foto: Pixels

Majoriti wanita berusia sudah stabil dari segi ekonomi. Manakala lelaki yang lebih muda masih mencari tapak dalam kerjaya. Lelaki muda cenderung berbelanja tanpa tujuan, semua benda mahu dibeli dan dicuba.

Wanita berumur dilihat mampu menjadi penasihat dan perancang kewangan. Ada pula yang sanggup membantu suami atau pasangan yang tidak mampu. Dalam cabaran ekonomi sekarang, sebilangan lelaki muda melihat faktor kewangan menjadi salah satu syarat memilih isteri. Siapa yang tanggung siapa sebenarnya?

5. Memilih Untuk Berterus -Terang Berbanding Makan Hati


Foto: Pixels

Pernah tak, tiba-tiba isteri atau pasangan mencuka berhari-hari tanpa sebab? Boleh buat suami bingung, tau. Bila ditanya tak pula mahu menjawab. Orang mudalah katakan, semua perkara mahu dipendam.

Wanita berusia pula lebih berani dalam menyampaikan pendapat dan rasa hati. Pandai pula menyusun kata tanpa emosi yang berlebih-lebihan.
Sikap dewasa wanita berusia dalam menegur kesalahan pasangan membantu suami menjadi lebih matang. Sikap saling terbuka ini memupuk perhubungan yang sihat.

Umur bukanlah pertimbangan mutlak dalam menentukan matangnya seseorang. Ada juga yang muda namun lebih matang dari yang berumur. Adatlah kalau yang seumur atau lebih muda banyak kekurangan. Sama-sama masih bertatih dalam melayari perhubungan dan bahtera rumah tangga. Mereka kurang, anda pun tak sempurna. Namun, andai anda pelik kenapa lelaki muda memilih wanita berumur, salah satu di atas mungkin faktor penyumbang.