Pakar Pemakanan Tepis Mitos Ais Boleh Bekukan Lemak Dalam Perut

BETUL ke ais boleh bekukan lemak?

Mitos ini masih lagi berlegar di media sosial sehingga ada percaya bulat-bulat mengenainya.

Namun seorang pakar pemakanan tampil membidas kepercayaan karut itu.

Menurut Fizah Sobri, ais bukan punca lemak berlebihan di dalam perut tetapi disebabkan cara pemakanan dan gaya hidup seseorang.

“Kalau sesiapa percaya ais boleh bekukan lemak maknanya badan dia tu zombie, tak normal dah.

Suhu badan manusia normal antara 36.5°C hingga 37.5°C.

“Berhentilah percaya mitos ini. Lemak tu ada dekat sana sebab makan lebih, tak exercise. Jangan salahkan ais,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Jelas beliau lagi, suhu badan manusia kekal antara 36.5°C hingga 37.5°C.

“Rendah sangat dah boleh mati. Tinggi sangat tu demam tengah sakit.

“Hangpa ni badan zombie ke? Sebab manusia normal suhu badan payah bebenor nak lagi rendah dari 36.5°C.

“Senang-senang saja nak kata lemak boleh beku dalam badan. Ni kena aircond 25°C pun dah terketar, lagi nak badan capai ke suhu nak beku 0 °C,” katanya.

Pada masa sama, Fizah turut menjelaskan organ perut bukan terletak pada pusat.

Gemuk disebabkan faktor pemakanan dan gaya hidup seseorang. Gambar sekadar hiasan.

“Kalau ye sangat nak percaya juga, tempat lemak berkumpul banyak tu sampai pinggang lebar sangat tu bukan lokasi organ perut tau. Itu sebenarnya lower abdomen.

“Organ perut atas sikit, antara tulang ribcage tu. Ais masuk dekat perut, macam mana nak effect lemak dekat lower abdomen? Tempat tak sama,” katanya.

Malah beliau turut menegaskan, asid perut tak sama dengan air sejuk.

“Alasan letak minyak dalam air sejuk jadi selaput, jadi tebal. Tapi mana ada air sejuk dalam badan. Masuk perut jumpa asid bukan air sejuk dah.

“Jangan samakan badan ni dengan air sejuk tu. Hang minum air sejuk pun sampai perut tak jadi dah air sejuk,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Facebook Fizah Sobri