Organisasi E-sukan Asia Tenggara EVOS Esports Kolaborasi Dengan PUMA

EVOS Esports telah mengumumkan satu kolaborasi rasmi bersama syarikat pengeluar pakaian sukan terkemuka dari Jerman, PUMA.

Dalam satu kenyataan semalam, EVOS Esports berkata kolaborasi itu adalah termasuk jualan sut balapan (tracksuit) eksklusif bersama PUMA.

Setiap pembelian sut itu juga pengguna akan menerima satu kod istimewa EVOS Battle Emote yang boleh ditebus dalam permainan Mobile Legends : Bang Bang.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan jenama global seperti PUMA yang memahami nilai dalam menghubungkan generasi muda menerusi e-sukan.

“Kami berharap dapat mengadakan satu kolaborasi yang bermakna dan memberi pendedahan yang lebih besar mengenai PUMA dalam kalangan komuniti e-sukan,” kata CEO EVO Esports Ivan Yeo.

Sementara itu, pihak PUMA Malaysia juga berkata kerjasama itu dilihat sebagai satu langkah baik untuk memasuki pasaran e-sukan.

“Kerjasama dengan EVOS Esports dapat membantu pihak PUMA untuk melibatkan diri dalam e-sukan dan gaming terutama di peringkat tempatan.

“Kami percaya, kerjasama ini juga akan menjadikan PUMA untuk terus meneraju dalam mempopularkan pertumbuhan industri ini,” kata Pengurus PUMA Malaysia, Steven Tan dalam kenyataan bersama.

Selain PUMA, EVOS Esports telah mengadakan kerjasama dengan lebih 40 jenama seperti Lazada, J&T Express.

sumber : wtmtoday.MY