Mohon Jangan Benak Sangat…Tolong – Tweet Beto Kusyairy

PELAKON Beto Kusyairy mengakui berasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang sehingga kini masih mengambil mudah penvlaran wab4k C0vid-19.

Jelas Beto, dia berharap agar golongan ini dapat berhenti daripada menyebarkan maklumat paIsv yang hanya mampu mencetvskan kekeIiruan orang ramai.

Katanya lagi, dia juga berasa sedih apabila memikirkan mengenai jumlah ny4wa yang telah dir4gut oleh wab4k ini saban hari.

“Yang perlekeh duk kata C0vid-19 ni tak bahaya dan cuma propa malah menyebarkan pula info-info tidak benar. Mohon jangan benak sangat. Tolong.

“Berbilang dah yang hilang ayah, ibu, saudara. Lebih menyedihkan, waris tak berpeluang nak uruskan jen4zah mereka. Allahuakbar. Al Fatihah,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Istanbul Aku Datang itu menerusi beberapa ciapan di laman Twitter peribadinya.

Dikesempatan itu juga, Beto turut mengingatkan orang ramai supaya terus patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan agar kita sama-sama dapat memutuskan rantaian pend3mik ini.

“Jaga kebersihan, kekalkan penjarakkan fizikal jika terpaksa keluar, guna pelitup muka yang betul atau elakkan terus dari keluar rumah. Bertahan.

“Jangan ambil mudah. Ini virvs berj4ngkit. Kau dan aku mungkin mampu nak tanggung. Tapi kalau berj4ngkit pada mak ayah orang lain akibat keben4kkan diri?,” ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar keadaan dapat kembali pulih seperti sedia kala.

sumber : Media Hiburan