Mak Kempunan Menantu “Gomen”, Gadis Buntu Kekasih Kerja Kilang Dibenci Mak

KERJA kerajaan vs swasta, mana yang lagi hebat sebenarnya? Isu ini sering menjadi perdebatan hangat di kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa. Bagi golongan yang berusia, mereka percaya dengan pendirian bahawa sektor awam lebih menjamin masa depan. Hakikatnya, kedua-duanya mempunyai faedah tersendiri baik dari segi pencen, bonus tahunan, kenaikan gaji atau pangkat.

Lepas kahwin, pujuk isteri buat loan
Sebelum ini, pernah kecoh tentang cerita di mana wanita ‘gomen’ menjadi sasaran lelaki biawak hidup yang hanya mahu menumpang senang terutamanya dari segi membuat pinjaman bank.

Gadis Buntu Boyfriend Kerja Kilang Dibenci, Mak Desak Teringin Menantu 'Gomen' 2

Muslimah Memegang Bunga

Mak tak suka teman lelaki pekerja kilang…Suruh cari bakal suami ‘gomen’
Namun berbeza dengan seorang gadis ini, dia pula menjadi runsing apabila ibunya sendiri termakan hasutan yang memburukkan si bakal menantu. Hanya kerana pemuda berkenaan berstatus pekerja kilang, hubungan itu tidak direstui malah dia mendesak anaknya mencari bakal suami di kalangan pegawai kerajaan.

Gadis Buntu Boyfriend Kerja Kilang Dibenci, Mak Desak Teringin Menantu 'Gomen' 4

Gadis Buntu Boyfriend Kerja Kilang Dibenci, Mak Desak Teringin Menantu 'Gomen' 5

Jangan pilih menantu gomen je…Yang kerja swasta nak kahwin dengan unta ke?
Kisah berkenaan yang dikongsikan semula oleh saudara Azizul Azli Ahmad nyatanya mencari perhatian ramai. Kata penulis ini lagi, bukan semua petugas sektor awam mampunyai banyak wang seperti yang dilihat masyarakat kerana sesetengahnya juga dibebani banyak hutang. Selain itu, nilai pengambilan pekerja di sektor awam juga sudah dikurangkan sejak 2016 lagi.

Gadis Buntu Boyfriend Kerja Kilang Dibenci, Mak Desak Teringin Menantu 'Gomen' 6

Gadis Buntu Boyfriend Kerja Kilang Dibenci, Mak Desak Teringin Menantu 'Gomen' 7

sumber : KisahDunia