Majlis Pertunangan Elisya Sandha Dgn Anak Sheila Rusly Dikec4m, Ini Puncanya

Petang Ahad yang lalu,pelakon Elisya Sandha telah selamat mengikat tali pertunangan dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Mengalirkan Air Mata Sebak

Menerusi foto yang dimuat naik, Elisya yang juga adik kepada aktres Fasha Sandha kelihatan cantik memakai busana berwarna putih sedondon dengan Uzair. Malah terdapat beberapa keping foto memperlihatkan Elisya dan Sheila masing-masing mengalirkan air mata sebak ketika acara tersebut berlangsung.

Netizen Pertikai Acara Pertunangan

Meskipun acara tersebut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, namun di media sosial tular mengenai pertikaian Standard Operasi Prosedur (SOP) yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika musim Perintah Kawalan Pergerakan 2.0) (PKP 2.0).

Dalam SOP tersebut segala majlis keramaian termasuklah majlis perkahwinan dan majlis pertunangan adalah sama sekali tidak dibenarkan.

Rata-rata daripada mereka mempersoalkan mengenai kebenaran acara pertunangan yang diadakan oleh keluarga selebriti dan penerbit itu meskipun hanya dihadiri oleh keluarga terdekat. Segelintir daripada mereka pula meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membatalkan majlis pertunangan berikutan SOP yang dilaksanakan dan tidak kurang juga yang beranggapan acara itu diadakan hanya dalam skala kecil di kediaman mereka sendiri.

Sumber :murai.my