LEBAM PADA MATA KESAN KETAGIHAN PENGGUNAAN GADJET – ANAK HAMPIR FOBIA

ZAMAN serba moden ini, anak-kanak memang senang terdedah dengan gajet seperti telefon pintar ataupun tablet. Malah sejak pelaksanaan PKP, situasi tersebut sukar dielakkan lebih-lebih lagi apabila proses pembelajaran sekolah diteruskan secara atas talian atau PdPR.

Asyik main handphone 24 jam tak henti…ibu terlintas prank lukis kesan lebam pada mata

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, seorang wanita dikenali sebagai Nikiysaa Achik sempat meluahkan kerisauan terhadap anak lelakinya yang turut sama ‘ketagih’ bermain handphone. Oleh sebab itu, ibunya tercetus idea untuk melakukan satu prank untuk hentikan tabiat tersebut dengan jadikan kesan lebam pada bahagian matanya ketika sedang tidur.

Sejurus bangun daripada tidur, si cilik itu nyata terus menangis setelah melihat matanya tiba-tiba ‘naik lebam’. Apa yang lebih melucukan, dia turut kelihatan serik dan takut apabila ditawarkan handphone oleh ibunya. Kongsi Nikiysaa Achik lagi, sejak itu anaknya sudah mula berubah dan lebih banyak menghabiskan masa bersama buku.

Anak terus serik tak nak main gajet…Sekarang banyak buat aktiviti menarik dalam buku saja

Kesian kena tipu dengan mama hidup-hidup…Tapi takut juga dia fobia terus

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian tersebut. Selain memuji kaedahnya, mereka turut risau jika ia memberi kesan psikologi terhadap si cilik tersebut

24 Jam Minta Gajet, Anak Menangis Serik Main Handphone Bila Tengok Mata Lebam 2

24 Jam Minta Gajet, Anak Menangis Serik Main Handphone Bila Tengok Mata Lebam 3

24 Jam Minta Gajet, Anak Menangis Serik Main Handphone Bila Tengok Mata Lebam 4

sumber : KisahDunia