Langkah Buat Roti Dan Donut Hanya Guna 1 Resepi BERJAYA Raih 33 Ribu Perkongsian

RAMAI kanak-kanak yang sukakan roti dan donat. Kalau dapat makan roti dengan ais krim atau letak Milo pun sudah mampu buat mereka senyum higgga ke telinga.

Buat ibu-ibu yang suka memasak atau teringin hasilkan roti dengan air tangan sendiri, jom kita pelajari teknik menghasilkan roti gebu dan donut seperti dikongsikan Puan Wanda Jasmi ini.

Nak buat untuk hidangan keluarga pun boleh, nak buat meniaga pun boleh. Malah, resipi ni boleh digunakan sama ada dikukus, bakar mahupun goreng. Hasilnya, roti anda akan menjadi gebu, hatta boleh kembali ke bentuk asal walau dipenyetkan macam video di bawah ni.

Nak tahu caranya? Jom baca resipi di bawah.
Assalamualaikum.. Hari ni saya nak tunjuk langkah demi langkah buat roti dan donat hanya guna 1 resepi. Resepi serbaguna kukus, bakar dan goreng. Semoga dapat membantu.

Bahan A :
Air suam – 1 cawan
Yis – 1 paket
Susu pekat – 3 sb
Gula – 2sb
Telur – 1 biji

1. Rendam bahan A hingga kembang.

Bahan B :
Tepung gandum – 3 cawan
Majerin – 2 sb
Garam – 1 sk

2. Bila Bahan A dah kembang, campurkan bersama bahan B.

(Andai doh masih melekat dan lembik, tambah tepung lagi ya… Sampai doh tak melekat)

3. Gaul sebati dan uli selama 30 minit sehingga doh betul-betul gebu.

4. Rehat kan doh selama 1 jam atau sehingga 2× ganda kembang.

5. Bila dah kembang, tumbuk doh perlahan-perlahan supaya angin dalam doh keluar. Dan uli selama 5 minit.

Saya bagi penampar dulu… Sampai dia kecut… Kebetulan tengah marah sebab kena sambung kurung lagi.


Timbang doh sama berat, untuk dapatkan saiz yang sama.


Jangan lupa sapu majerin dalam loyang, supaya mudah untuk keluarkan roti nanti.



6. Bentukkan untuk buat roti atau donut. Boleh masukkan apa-apa sahaja inti.

7. Selepas bentukkan, biarkan mengembang 2-3 kali ganda sebelum bakar/goreng.

Bakar suhu 160° selama 20-30 minit. Api atas bawah. Oven panaskan terlebih dahulu. Dalam 5 minit.

Siap bakar, sapu susu pekat campur air atas roti. Susu kotak pun boleh.

(Suhu ikut saiz oven masing2, lain saiz lain suhunya… Saya punya 42L)


Siapp.

sumber : SiakapKeli, WandaJasmi