Kucing Lepak Rumah Orang Lupa Jalan Balik, Apabila Tuannya Datang Ini Yang Terjadi

KALAU manusia, biasalah lepak di rumah kawan-kawan untuk bersosial. Apatah lagi remaja yang sedang meningkat usia. Mereka ini ada yang lebih rapat dengan kawan-kawan kerana menganggap rakan itu lebih memahami jiwa yang berada di peringkat remaja.

Namun begitu, dalam satu video yang tuIar baru-baru ini bukan masalah remaja lepak rumah orang tak ingat nak balik, tapi kucing kesayangan pula yang buat haI! Dalam rakaman itu kelihatan seorang lelaki menunggang motosikal di jalan kampung.

Lepak rumah orang 4

Lelaki itu berhenti di depan sebuah rumah. Di depan rumah itu ada beberapa kanak-kanak sedang bermain. Disangkakan lelaki tersebut mahu menjemput adiknya yang sedang bermain pulang. Rupa-rupanya yang keluar dari rumah adalah seekor kucing.

Berikut adalah rakaman kucing lepak rumah orang tak ingat nak balik yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun Abang Skema:

Amboi, pandai pula tu duduk tempat penumpang motosikal! Dah macam manusia je gayanya tu! Perkongsian rakaman ini telah mencvri perhatian ramai. Rata-rata warganet terhibur menyaksikannya dan meninggaIkan komen mereka seperti berikut:

“Walaupun oyen campur putih memang tetap oyen lah”

Lepak rumah orang 3

“Sama setiap petang nak kena berjemput jiran sebelah siap cakap nak ambik anak balik sekolah ke”

Lepak rumah orang 2

“Ingatkan nak pick up adik dia”

Lepak rumah orang 1

sumber : HCL