Kes Positif Harian Paling Tinggi !!!!!

Kes positif harian hari ini 6,075 adalah tertinggi pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara kita.

Kes positif harian tertinggi sebelum ini direkodkan pada 31 Januari 2021 iaitu sebanyak 5,728 kes positif.

Min sekarang cuma fikirkan nasib frontliner kita, mereka berada dibarisan hadapan melawan wabak ini sudah 2 tahun.

Sebelum korang langgar peraturan yang ditetapkan, fikirkan perjuangan frontliners negara kita.

Patuhi SOP bagi mencegah penularan Covid-19 :

1. Amalkan penjarakan fizikal 1 meter.

2. Sentiasa memakai penutup muka di tempat sesak.

3. Lakukan kuarantin sendiri jika bergejala.

4. Sentiasa jaga kebersihan tangan.

Min minta TOLONG kepada semua pembaca min duduk di rumah jika tiada keperluan penting untuk keluar.

 

sumber : KKM