Kenyataan “Bangga” JPNK Tebang 15,000 Pokok Durian Musang King Buat Pekebun Kecewa

SATU kenyataan oleh presiden Musang King Alliance (SAMKA), Wilson Chang pada 11 Julai 2021 telah dimuat naik semalam di mana mereka kecewa dan tidak setuju dengan kenyataan yang pada mereka ada unsur bangga.

Ia berikutan kenyataan yang dikeluarkan Berita Harian semalam di mana Ketua Penolong Pengarah (Penguat kuasa), Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) Nor Azirim Ahmad berkata, ia pencapaian di luar jangkaan pihaknya yang memulakan Op Pamah pada 3 Julai lalu.

JPNP dalam kenyataan tersebut berkata telah memusnahkan 15,000 pokok durian Musang King yang ditanam di Hutan Simpanan batu Talam dalam masa 9 hari. Bagi Wilson, kenyataan tersebut adalah satu kenyataan yang ada unsur bangga.

Wilson mengec4m tindakan tidak berhati perut itu kerana buat hidup para pekebun sengs4ra ketika musim pandem1k ini. Beliau berkata dalam hanya beberapa minit, pokok yang dibela, ditanam dan dijaga dengan penuh cermat selamat lebih 20 tahun habis begitu sahaja dalam masa 9 hari.

Tindakan JPNP ‘menyucikan’ 250 ekar tanah tersebut dalam masa beberapa hari dilihat akan memberi kesan kepada alam sekitar. Di mata JPNP, 15,000 pokok durian ini hanyalah nombor tetapi bagi pekebun dan keluarga, ini adalah sumber pendapatan mereka yang terjejas teruk kerana pandem1k COV1D-19.

Tetapi pihak berkuasa JPNP yang kej4m ibarat menolak para pekebun ‘ke hujung tebing’, meninggalkan mereka dalam keadaan tergantung.

Wilson turut menambah operasi oleh JPNP itu telah meIanggar per1ntah mahkamah dan SAMKA akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tindakan JPNP ini tidak lama lagi.

Lebih 100 kakitangan JPNP menyertai operasi Op Pamah dan dikerah untuk membantu melancarkan aktiviti menebang.

Nor Azirim berkata, kerjasama erat secara berpasukan antara kakitangan JPNP dengan Unit Penguat Kuasa Negeri Pahang (UPNP) turut menjadi faktor kelancaran Op Pamah yang diadakan. Katanya, tugas seterusnya ialah membersihkan tapak untuk kerja menanam pokok hutan dalam hutan simpan terbabit.

“Aktiviti menanam pokok hutan perlu dilakukan segera secara berperingkat, lebih 20,000 pokok hutan perlu ditanam. Pejabat Pembangunan Hutan Pahang Barat, Rotan Tunggal, di sini bertanggungjawab sepenuhnya menanam pokok yang turut dibantu kakitangan daerah lain,” katanya.

sumber : Vocket