Kekal jelita pada usia 49 tahun, ramai rakyat terpuk4u dengan kecantikan Tengku Permaisuri Norashikin

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Norashikin terkenal dengan keanggunan dan rupa paras menawan baginda. Kelembutan dan gayanya yang elegan membuatkan ramai yang mengagumi Baginda.

Walaupun kini mencecah usia 49 tahun, namun pesona Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin masih menjadi bualan ramai.

Buktinya, kelibat Baginda sentiasa menjadi tumpuan ramai di majlis majlis rasmi malah gaya fesyen Tengku Norashikin menjadi inspirasi buat ramai pereka fesyen.

Baginda turut dipuji kerana sentiasa tampil dengan fesyen yang ringkas namun menawan, baginda dilihat seringkali menggayakan baju kurung moden bersama aksesori ringkas. Malah, baginda sering menjadi idaman ramai pereka fesyen terkenal untuk menggayakan rekaan mereka.

Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian dan majlis rasmi , baginda masih kekal aktif bersukan untuk menjaga kesihatan membuatkan ramai yang menjadikan gaya hidupnya sebagai inspirasi.

Sebelum melangsungkan perkahwinan bersama Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin, baginda merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.

Kredit : cempedakcheese