JUALAN PAU RM1 DEMI MENERUSKAN KELANGSUNGAN HIDUP YANG TERJEJAS AKlBAT PKP

SEJAK berhadapan pandem1k C0v1d19, pelbagai usaha dilakukan oleh orang ramai untuk meneruskan kelangsungan hidup, terutamanya bagi golongan yang kurang berkemampuan.

Begitu juga dengan kisah sepasang suami isteri dari Kemaman ini yang hanya menjual pau pada harga hanya RM1.

Khairul Aziman Mohd Zin dan Isterinya, Norhamiza Halim sebelum ini berniaga mee kawah di pasar malam sekitar daerah Kemaman dan Kuantan, Pahang terp4ksa menvtup perniagaan berkenaan.

Kesukaran yang dialami itu memaksa pasangan berkenaan nekad untuk menjual kuih pau RM1 di tepi jalan selepas kehiIangan punca rezeki akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untung tu sedikit tetapi saya oleh kerana saya fikir ramai yang juga yang terkesan, saya redha.

“Janji buat masa ini saya masih ada pendapatan dan pada masa yang sama dapat membantu orang ramai dengan harga pau murah ini,” katanya.

Khairul Aziman berkata pau yang dijual dengan harga RM1 bukan untuk mencari keuntungan semata-mata namun mereka juga berniat untuk beramal dan bersedekah setelah melihat penderitaan sesetengah masyarakat yang terkesan akibat kehilangan kerja sejak PKP dilaksanakan.

Katanya sebelum PKP penuh dilaksanakan dia dapat menjual kira-kira 800 biji pau sehari menggunakan 25 kilogram tepung, tetapi semenjak semua pasar malam tidak dibenarkan beroperasi dia hanya mampu menjual separuh daripada jumlah tersebut.

Bapa kepada dua anak yang berusia 10 dan enam tahun itu berkata, pau yang dihasilkan mempunyai pelbagai perisa termasuk inti rendang daging, ayam, coklat, Carbonara, kaya, jagung, sambal bilis, sardin, kelapa dan kacang merah dijual dengan harga hanya RM1 bagi sebiji pau berbanding RM2 sebelum ini.

sumber : Gempak