Jamal Abdillah Dapat Kebenaran Rentas Negeri Uruskan Ternakan Ikan Arowana

MESKIPUN mendapat kebenaran merentas negeri bagi menguruskan ladang ternakan ikan miliknya yang terletak di negeri Perak, penyanyi Datuk Jamal Abdillah berkata, dia sama sekali tidak menggunakan kel0nggaran itu sebagai tiket untuk bersuka-ria.

Jamal atau nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 62, berkata kebenaran yang diberikan oleh kerajaan itu digunakan sebaik-baiknya bagi memudahkan urusan perniagaan dan bukanlah untuk tujuan peribadi.

“Alhamdulillah, aktiviti saya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini agak padat. Selain menyanyi, saya juga mengusahakan ladang ternakan ikan arowana yang terletak di Bukit Merah.

“Jadi memang keraplah saya bergerak dari Shah Alam ke Perak… buat masa ini tiada halangan untuk menguruskan ladang kerana saya ada surat kebenaran untuk bergerak bila-bila masa.

Saya ada baca tentang isu rentas negeri yang membabitkan selebriti sebelum ini. Bagi saya itu atas diri sendiri!

JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

“Mudahlah untuk saya uruskan perniagaan… saya memang guna kebenaran itu untuk urusan kerja sepenuhnya, tak pergi mana-mana. Saya pun ada rumah di Ipoh, jadi lebih mudah urus kerja,” katanya kepada mStar.

Penyanyi lagu Belenggu Rindu ini ditemui semasa program Amal Qaseh Ezmeals bersama UtusanTV mengedarkan pek makanan kepada orang ramai di Perkarangan Kompleks Campbell, Kuala Lumpur, baru-baru ini

Menyedari ada dalam kalangan selebriti termasuklah orang awam menggunakan alasan kerja untuk merentas negeri, Jamal berkata ianya terpulang kepada individu berkenaan.

Jamal banyak luangkan masa bersama isteri, Datin Zai Izzati dan dua anak mereka yang masih kecil.

Namun mereka haruslah bersedia menerima apa jua tindakan termasuk dikompaun atau didenda jika didapati menyalahgunakan kebenaran tersebut.

“Saya ada baca tentang isu rentas negeri yang membabitkan selebriti sebelum ini. Bagi saya itu atas diri sendiri.

“Sebagai selebriti kalau anda buat benda salah, jadi kena bersedialah terima apa jua akibatnya… ini semua pilihan sendiri,” ujarnya.

Sumber: mStar