SEMALAM pasti ramai tertunggu-tunggu update terbaru tentang kisah viraI seorang ibu yang tertukar bayinya selepas bersalin. Malah, kejadian berkenaan hanya disedari ketika suaminya hendak memot0ng gelang tanda nama pada kaki si kecil tersebut.
Nasib dapat jumpa kembali anak…Dalam jagaan ibu lain selama 2 hari
Namun tak lama selepas itu, anak Siti Suriani Wahiddin dan suaminya berjaya pulang semula ke pangkuan mereka hasil selepas berjaya mengesan keluarga yang terambil bayi tersebut. Si kecil bernama Aysar yang sempat dijaga serta diberi susunya juga telah pun diserahkan kembali kepada mereka.
Masing-masing rindu pada anak susuan…Siti risau tahap kesihatan bayi sebab discharge awal
Meskipun sempat tertukar sekejap, namun kedua-dua ibu ini tetap luahkan rasa rindu kepada bayi susuan mereka. Dalam pada itu, Siti tetap risau dengan tahap kesihatan anak lelakinya iaitu Putra Aiman Zafran yang telah discharge terlebih awal.
‘Kantoi’ cuai lagi…Berat badan salah tulis, BCG tak tahu dah dapat ke belum
Sebaik melakukan pemeriksaan kesihatan pagi tadi, Siti Suriani Wahiddin sekali lagi dikejutkan lagi dengan kecuaian pihak pusat perubatan tersebut. Rupa-rupanya berat bayi tersebut direkod dengan salah, selain belum dapat kepastian sama ada Putra Aiman sudah mendapat vaksin BCG. Justeru, wanita berkenaan nekad mahu ambil tindakan undang-undang.
sumber :KisahDunia