Isu Palestin – Amaran Buat Heliza Helmi

Penyanyi dan juga aktivis dikenali Heliza Helmi sememangnya diketahui sangat lantang bersuara mengenai isu yang berlaku di wilayah bergolak Palestin. Malah sentiasa konsisten memuat naik hantaran mengenai isu tersebut di Instagram.

Susulan daripada apa yang berlaku antara Palestin dan Israel pada ketika ini, Heliza memaklumkan bahawa dia telah diberi amaran oleh pihak Instagram dengan akan memadam akaun media sosialnya kerana sering memuat naik status pergolakan yang berlaku di negara itu.

Dilabel sebagai hantaran keganasan dan berbahaya oleh Instagram. Heliza walau bagaimanapun tetap tekad untuk membuat entri-entri berkenaan pergolakan timur tengah atas dasar berjihad dengan cara yang tersendiri.

Malah selain Heliza Helmi, pelakon Sweet Qismina turut mengalami situasi yang sama di mana pengikut di Instagramnya didakwa semakin berkurangan selepas berkongsikan mengenai penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin dan kekejaman Zionis.

Instagram Sweet Qismina

Namun, ianya tidak mematahkan semangat selebriti-selebriti ini untuk terus berkongsi mengenai keadaan dan situasi yang berlaku di sana.

sumber : Instagram Heliza Helmi, Instagram Sweet Qismina