BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Begitulah gambarannya mengenai nasib seorang wanita hamil yang kini kom4 akibat dipukuI suami.
Dalam perkembangan terbaharu, suami kepada wanita itu dit4han polis di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Svspek ditahan semasa keluar membeli makanan dengan menunggang motosikal di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi Jumaat.
Difahamkan suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (JBS) Johor Bahru Selatan untuk proses tahanan reman.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya sedang menguruskan proses pen4hanan reman svspek yang berusia 38 tahun itu.
“Tempoh reman akan diberitahu selepas proses reman diluluskan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tangk4pan ke atas suspek adalah hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota Pasukan Siasatan Khas (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan semasa t4ngkapan dibuat, suspek turut bertindak agres1f apabila meIanggar motosikal yang ditunggang anggota polis.
Tangkapan itu susulan kes bulan lalu, Jahidah Nordin, 43, yang sedang hamil empat minggu parah selepas disyaki dipukuI suspek pada 4 Mei lalu.
Wanita itu yang merupakan kakitangan kerajaan kemudian berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.
Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.
Kejadian yang menimpa wanita itu menjadi tular selepas adik mangsa, Fazariah Nordin memuat naik keadaan kakaknya dalam laman sosial.
sumber : mStar