Haneesya Hanee Mahu Sucikan Hati Dari Kebencian

Haneesya Hanee akhirnya bangkit dengan semangat baru apabila menyatakan kesediaannya memaafkan diri sendiri dan semua pihak yang pernah menyakitinya.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, nekad tidak lagi mahu berdendam dengan sesiapa dan berharap masa depannya lebih terang.

Sementara itu, di ruangan komen pula ramai peminat memberi sokongan padu buat Haneesya dan bangga dengan semangat ditunjukkannya.

Haneesya sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila kemenangannya sebagai Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik berikutan penularan video dia berparti di kelab malam.

Malah, ibunya juga pernah membuat laporan polis terhadap beberapa akaun laman sosial yang menghantar mesej berbaur ugutan serta menggunakan foto Haneesya tanpa izin dengan niat mengaibkan serta menghina tempat tinggal mereka.

Sumber: Cari Forum