Geram Bila Dapat Tahu Dividen Rendah? 11 Perkara Pelabur ASB Wajib Tahu

Baru-baru ini, Amanah Saham Bumiputera telah mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5 sen seunit beserta bonus 0.5 sen seunit dan jumlah dividen Amanah Saham Bumiputera atau ASB ialah 5.50 sen seunit.

Ramai pihak yang mempersoalkan dan tidak kurang juga ada yang berang terutama sekali para pelabur terhadap jumlah dividen yang disifatkan paling rendah dalam sejarah. Ada juga yang menyatakan rugi melabur di ASB jika dividen serendah ini.

Betul ke rugi? Seorang perunding kewangan yang terkenal di Facebook dengan nama Harith Faisal telah berkongsi pendapat beliau mengenai dividen ASB itu dan menyenaraikan 11 perkara yang pelabur ASB wajib tahu.

Antara isi kandungan penulisan beliau ialah, ASB masih bagi pulangan positif kepada pelabur dan 5.5% bukanlah satu pelaburan yang merugikan Cuma untung kurang berbanding tahun lepas.

Berikut adalah 11 perkara yang dinyatakan Harith Faisal untuk pelabur ASB ambil tahu:

  1. ASB masih bagi pulangan positif kepada pelabur. Kan dapat 5.5% tu. Bukannya rugi, cuma untung kurang berbanding tahun lepas.
  2. At least pulangan ASB tu lebih baik daripada letak di Fixed deposit yang bagi pulangan sekitar 3%-4%.
  3. Pulangan ASB pun lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa iaitu pada paras 1.5%.
  4. ASB tetap adalah tempat melabur yang berisiko rendah. Kira okay boleh dapat 5.5%. Ada idea nak letak tempat lain yang boleh bagi pulangan lebih tinggi dan risiko rendah?
  5. ASB ni unit amanah yang labur hingga 70% dana dia dalam pasaran saham tempatan. So, kalau pasaran saham tempatan tak baik, pendapatan ASB pun terjejas. Itu kena faham.
  6. Tak boleh nak compare dengan keadaan 20 tahun lalu. Masa tu negara punya pertumbuhan ekonomi pesat. So, pasaran saham semua cun dan positif.
  7. Yang buat ASB Financing pun tak payah risau. Masih ada untung. Boleh baca posting saya petang tadi. Panjang lebar saya taip.
  8. ASB Financing tu bukan pelaburan setahun dua. Kalau nak aman fikiran, kau target untuk jangka masa panjang.
  9. Yang tak ada keperluan terdesak apa-apa, biarkan saja dividen dan bonus tu dalam akaun ASB. Boleh compounding untuk dapat lebih pulangan bagi tahun 2020 nanti.
  10. PNB kata, mereka akan mula kurangkan pendedahan kat pasaran tempatan dan akan start teroka pasaran kewangan luar negara pula lepas ni. Iyalah! Sebab nak pastikan kau dapat lebih dividen + bonus untuk tahun 2020.
  11. Dah dah. Tak payah gelabah. Kau tak rugi apa pun dividen + bonus 5.50%. Kita doakan dividen + bonus untuk 2020 lebih baik berbanding 2019 okay!

Nota: Tulisan ni adalah pandangan peribadi Harith Faisal. Tidak mewakili mana-mana institusi. Boleh follow beliau untuk baca more info tentang kewangan dan pelaburan.