#FAKTA : SEJARAH 5 PEMAIN BOLA YANG TlBA-TlBA REBAH DALAM PADANG & TIDAK DAPAT DlSELAMATKAN

PAGI tadi, kita dikejutkan dengan insiden pemain tengah Denmark, Christian Eriksen yang rebah di tepi padang semasa perlawanan berlangsung . Christian Eriksen walaubagaimanapun berjaya diselamatkan dan dilaporkan sudah sedarkan diri dan kini dalam keadaan stabil.

Ins1den tak terjangka ini bukanlah pertama kali terjadi dalam dunia bola sepak. Malah ada juga pemain yang mengalami nasib yang lebih kurang sama dengan Eriksen, namun berakhir dengan kemat1an.

Ini lima pemain bola sepak yang rebah di padang namun berakh1r trag1s.

Marc Vivian Foe

Marc Vivian Foe merupakan pemain bola sepak asal Cameroon yang bermain untuk pasukan Manchester United. Dalam sebuah perlawanan menentang Colombia pada Jun 2003, Foe rebah di tengah padang pada minit ke-72. Walaupun masih hidup semasa tiba di pusat perubatan stadium, Foe dilaporkan meninggaI dunia tidak lama selepas itu. Hasil bedah siasat mendapati Foe meninggaI dunia kerana masaIah jantung.

Antonio Puerta

Pemain Sepanyol, Antonio Puerta meninggaI dunia di usia 22 tahun selepas rebah dan tidak sedarkan diri 35 minit selepas perlawanan menentang Getafe dimulai. Beliau tiba-tiba rebah ketika berlari anak menuju ke pintu gol pasukannya. Puerta diIaporkan meninggaI dunia tiga hari selepas kejadian kerana kegagaIan organ yang menyebabkan serangan jantung secara berterusan.

Phil O’Donnell

Phil O’Donnell merupakan kapten pasukan Motherwell yang meninggaI dunia disebabkan kegagaIan jantung dalam satu perlawanan menentang Dundee United pada Disember 2007. Pemain tengah berbakat ini pernah bermain untuk pasukan Scotland, Celtic dan Sheffield Wednesday sepanjang kariernya. O’Donnell rebah dalam proses pertukaran pemain.

Cristiano Jr.

Kemat1an Christiano Sebastiao de Lima Junior antara yang paling tragik dalam sejarah bola sepak. Pada Oktober 2004, Cristiano Jr. bermain untuk pasukan Goan Club Dempo dalam perlawanan menentang Mohun Bagan. Christiano Jr. tiba-tiba rebah dalam keadaan penjaga gol lawan sedang menangkis cubaan jaringan gol beliau. Semasa peristiwa mencengangkan ini terjadi, tiada seorang doktor pun di stadium tersebut untuk menyelamatkan beliau. Christiano Jr. meninggaI dunia pada usia 25 tahun.

Cheick Tiote

Bekas pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote meninggaI dunia pada usia 30 tahun semasa menjalani latihan bersama pasukan barunya untuk Liga China. Dalam sesi latihan hari itu, Tiote tiba-tiba pengsan dan dikejarkan ke hospital. Walaubagaimanapun, nyawa Tiote tidak dapat diselamatkan dan meninggaI dunia pada Jun 2017.

sumber : SiakapKeli