Kerajaan Filipina Dapat Kebenaran Untuk Masukkan Sabah Ke Dalam Peta

Jawatankuasa Dewan Luar Negeri telah meluluskan rang undang-undang percetakan peta Filipina dengan memberi kebenaran untuk memasukkan Sabah dan zon ekonomi eksklusif 200 batu (ZEE) ke dalam peta pasport negara terbabit. Cagayan de Oro Rep. Rufus Rodriguez, individu yang bertanggungjawab menulis rang undang-undang House Bill 6399 yang akan memberi kesan kepada Akta Pasport Filipina tahun 1996 … Read more

Kepulangan Rayhan Kabir Ke Bangladesh Disambut Dengan Air Mata Kegembiraan

Ketibaan warga Bangladesh, Rayhan Kabir ke negara asalnya awal pagi Sabtu disambut dengan tangisan air mata gembira oleh bapanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Dhaka. Pertemuan antara dua beranak itu menurut The Daily Star berakhir dengan tangisan kegembiraan ‘yang tidak dapat dijelaskan’ antara kedua-duanya selepas beliau mendarat di Lapangan Antarabangsa Dhaka kira-kira jam 1 pagi tadi. […]

Tak Ikut SOP, 2 Meninggal Dunia Akibat Covid-19 Di Majlis Akad Nikah

Majlis ijabkabul tertutup yang diadakan di sebuah masjid Semarang, Jawa Tengah Indonesia pada 11 Jun lalu bertukar menjadi malapetaka dengan penularan Covid-19 hingga mengorbankan dua mangsa, seorang tenat dan 30 lagi disahkan positif. Menurut laporan portal Jateng Suara, majlis itu hanya diadakan dengan kehadiran 10 tetamu sahaja dan telah mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang … Read more

Pesakit terakhir disahkan pulih, New Zealand kini bebas Covid-19!

NEW Zealand berjaya dalam ‘perang’ menentang Covid-19 apabila pesakit terakhirnya disahkan pulih. Bermula tengah malam Isnin, semua bentuk acara awam dibenarkan untuk dianjurkan tanpa sekatan atau penjarakkan sosial. Walaubagaimanapun, individu yang tiba di negara itu tetap diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari. Hari ini merupakan hari ke-17 tanpa kes baharu positif Covid-19 di negara itu, … Read more

Pasangan Kekasih ditangkap Khalwat Jalani Hukuman Sebat Guna ‘Mask’

SEPASANG kekasih dihukum sebat sebanyak 100 kali di khalayak ramai selepas ditangkap khalwat di Indonesia. Meskipun wabak Covid-19 masih lagi meruncing di negara itu, puluhan orang berkumpul di luar masjid dekat wilayah Aceh Besar pada Jumaat untuk melihat hukuman terhadap pasangan tersebut. Mereka dikenakan 100 sebatan selepas melakukan s3ks sebelum berkahwin. Pihak berkuasa berkata mereka … Read more

Kerana Trump, Kilang ‘Swab’ Terpaksa Buang Semua Kit Ujian Covid-19

Aduhai Presiden Amerika Syarikat (AS), dek kerana ketidakpekaannya mengenai langkah keselamatan, sebuah kilang pembuatan ujian swab koronavirus terpaksa membuang keseluruhan kit pengeluarannya selepas Donald Trump melakukan lawatan tanpa memakai topeng muka. Bukan saja hadir tanpa memakai topeng muka dan sut lengkap perlindungan diri (PPE), beliau juga memasukkan peralatan itu ke dalam hidungnya! Menurut laporan Portal … Read more

Kanak-kanak Positif Covid-19 Selepas Sekolah Rendah Dibuka Semula

DUA kanak-kanak didapati positif Covid-19, hanya beberapa hari sekolah rendah dibuka semula. Sekolah Rendah St Paul’s Church of England di Wibsey, Bradforf di England menulis surat kepada ibu bapa, menasihati mereka supaya menjalani kuarantin sendiri. Arahan itu dikeluarkan sekiranya mereka mempunyai kontak dengan dua murid berkenaan. Menerusi satu surat yang dikeluarkan kepada ibu bapa pada … Read more

Menteri Indonesia Dikecam Sebab Samakan Coronavirus Dengan Isteri

Menteri di Indonesia baru-baru ini diselar media antarabangsa selepas membuat satu kenyataan ketika memberi ucapan tentang norma baharu. Menurut Warta, Mahfud MD yang memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Keselamatan itu telah menyamakan virus yang sedang melanda satu dunia, Covid-19 itu dengan isteri. Mahfud, 63, bermaksud virus itu seperti isteri yang tidak boleh dikawal … Read more

Menantu Dedah Rahsia Sembuh Nenek Berusia 100 Tahun Lawan Covid-19

AJAIB! Seorang nenek berusia 100 tahun di Indonesia disahkan pulih daripada Covid-19, sekaligus menjadikannya sebagai individu tertua yang ‘terselamat’ daripada wabak maut itu di negara tersebut. Kamtim, dibenarkan keluar dari hospital baru-baru ini selepas menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital di Surabaya. Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa berkata dia berharap kisah Kamtim yang … Read more

Kucing Dikuarantin Selepas Positif Covid-19

SEEKOR kucing diarahkan menjalani tempoh kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 semasa berkunjung ke sebuah klinik veterinar. Timbalan Ketua Perkhidmatan Veterinar Kebangsaan Rusia, Nikolai Vlasov berkata kucing tersebut didapati positif jangkitan itu selepas menjalani ujian swab. Kucing itu kemudiannya dihantar pulang dengan pemiliknya diarahkan mengurung haiwan itu di kediamannya. Meskipun dikuarantin, Vlasov menegaskan tiada langkah khas … Read more